Mahu Elak Fitnah, Pemilik Kedai Tampil Buat Laporan Isu Video Pukul Kerana Makan Tak Bayar
Manjung: Seorang lelaki yang juga merupakan pemilik sebuah kedai makan di medan selera Taman Samudera di sini telah tampil membuat laporan polis berhubung video yang tular sejak semalam.
Video berkenaan memaparkan aksi seorang lelaki dipukul tiga lelaki salah seorangnya menggunakan kayu kerana didakwa tidak membayar makanan di premis berkenaan.
Dia difahamkan telah membuat satu laporan di buat di Balai Polis Manjung pada 11 malam tadi, selepas rakaman video berkenaan tular di media sosial.
Beliau yang namanya enggan disiarkan mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku di premisnya kira-kira 12.30 tengah hari semalam di mana tujuan beliua membuat laporan polis adalah bagi mengelak fitnah.
Video 41 saat itu memaparkan seorang lelaki dipukul tiga individu dengan seorang daripada mereka memukul mangsa dengan kayu.
Lelaki itu didakwa tidak membayar makanan yang dimakan dan dibungkus di kedai berkenaan sejak hampir dua bulan lalu.
Kejadian dikatakan bermula apabila adik perempuan pemilik kedai itu telah bertanya kepada lelaki berkenaan sama ada dia sudah membayar hutang yang sebelum ini namun lelaki itu dikatakan telah memarahi wanita itu sebelum tiga lelaki masuk campur, termasuk memukul.
Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki-lelaki yang memukul mangsa kerana tindakan tersebut disifatkan sebagai melampau. – Siakapkeli.my
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mkaP3V✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment