Menari Persis Britney Spears, Pramugara AirAsia Curi Perhatian CEO Dan Netizen
KUALA LUMPUR: Video petikan seorang pramugara yang berkhidmat bersama syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sedang menarimenjadi tular di media sosial dengan jutaan tontonan.
Video yang dimuat naik di Instagram itu memaparkan Assraf Nasir, menari lagak penyanyi pop antarabangsa. Britney Spears dalam video muzik lagu ’Toxic’.
Gaya Assraf saling tak tumpah seiras Spears, yang melakonkan watak seorang anak kapal pesawat di dalam video muzik tersebut yang popular sekitar tahun 2004.
Video itu dikongsi oleh 9gag di akaun Instagram mereka pada Ahad, dan ia terus menerima lebih dari 35,000 komen dan jumlah tontonan melebihi enam juta.
Pada Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes turut ‘sporting’ dengan berkongsi video itu di laman Instagram beliau.
Tony turut memuji bakat yang dimiliki Assraf.
“Bakat di AirAsia tidak pernah gagal untuk memukau saya.
“Saya suka apabila para pekerja boleh bergembira dan menjadi diri mereka sendiri,” kata Tony di Instagram.
Astro AWANI ada cuba untuk menghubungi pihak Assraf, namun beliau tidak dapat memberikan sebarang kenyataan ketika ini.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nUwLz6✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment