Mohd Fauzi Bangga Langkah Masih Berbisa
PESILAT Malaysia, Mohd Fauzi Khalid (kanan) diasak pesilat Filipina, Raymund Bueno pada perlawanan separuh akhir Putera Kelas F Kejohanan Silat Asia Tenggara 2017 di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin. – Foto Luqman Hakim Zubir
KUALA LUMPUR: Bekas juara dunia, Mohd Fauzi Khalid membuktikan dirinya masih berbisa apabila mara ke final bertemu Abdul Raaziq Abdul Rashid (Singapura) esok dalam kelas Putra E Kejuaraan Silat Asia Tenggara/Pra Sukan SEA.
Fauzi yang sebelum ini mengalami kecederaan gegaran otak mencipta kemenangan mutlak, 5-0 terhadap Raymund Bueno dari Filipina pada aksi peringkat separuh akhir yang berlangsung hari ini.
Katanya, kejuaraan yang berlangsung di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, di sini adalah aksi pertama tahun ini, sambil mengakui masih mencari rentak permainan dalam kategori berat badan 70 hingga 75 kilogram (kg).
“Ini adalah aksi pertama untuk saya tahun ini selepas saya lama tidak beraksi dan terlepas menyertai Kejuaraan Silat Dunia di Bali, Disember lalu.
“Jadi di sini saya cuba dapatkan kembali rentak serta persembahan saya serta membaiki kemahiran diri kerana masih banyak kelemahan yang saya ada,” kata Fauzi, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai perlawanan akhir kelas F lelaki esok, atlet dari Pulau Pinang itu berkata dia tidak akan memandang ringan akan lawan dari Singapura kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekuatan.
“Esok saya akan bertarung dengan lawan Singapura (Abdul Raaziq) dan masih gugup kerana pertama kali bertemu dengannya. Apa pun saya tidak boleh pandang rendah kemampuan lawan,” katanya.
Mengulas lanjut, atlet dari Program Podium itu menjelaskan bahawa dia sudah kembali menjalani latihan seperti biasa di Bukit Jalil sejak Februari lalu.
Fauzi yang memiliki dua pingat emas di Sukan SEA iaitu di Laos (2009) dan Indonesia (2011) serta gangsa di Myanmar (2013) serta Singapura (2015) berkata selepas ini dia akan menjalani latihan penuh sebagai persiapan ke Sukan SEA, Kuala Lumpur, Ogos ini.
Tahun lalu, atlet berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan gegaran otak yang mula dikenal pasti ketika menyertai Sukan Pantai Asia di Da Nang, Vietnam Oktober 2016.
Kecederaan itu menyebabkan Fauzi terlepas aksi di Kejuaraan Silat Dunia di Bali Disember hujung tahun lalu.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mXmSDb✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment