Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Didakwa Ganggu Pelajar Dalam LRT Laluan Kelana Jaya Diserah Kepada Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Didakwa Ganggu Pelajar Dalam LRT Laluan Kelana Jaya Diserah Kepada Polis

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang didakwa menggangu seorang penumpang wanita di dalam tren LRT laluan Kelana Jaya pada Isnin telah diserah kepada polis.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata pihaknya berusaha mengesan lelaki itu sejak beberapa hari lepas setelah dimaklumkan mengenai insiden yang dimuat naik menerusi akaun Facebook mangsa, Nur Dini Van Haeren, 21, seorang penuntut universiti swasta.

“Susulan kejadian, kami menghubungi Nur Dini bagi mendapatkan maklumat lanjut yang kemudian diguna untuk mengesan lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup.

“Lelaki itu berjaya ditahan di Stesen LRT Taman Jaya semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis selepas mangsa membuat pengecaman.

Zohari turut mengingatkan penumpang agar sentiasa waspada dan bertenang sekiranya berdepan dengan situasi tidak menyenangkan serta segera memaklumkan kepada staf, polis bantuan atau penumpang lain bagi mendapatkan bantuan.

Menurut kenyataan itu, Nur Dini diganggu oleh lelaki berusia 37 tahun dari Lembah Subang tersebut selepas wanita berkenaan menaiki tren di Stesen LRT Kelana Jaya ke pusat bandar.

“Ketika memasuki tren, dia perasan ada seorang lelaki memandangnya dengan ekspresi miang gatal.

“Berasakan lelaki itu berniat tidak baik, Dini mengambil sikap waspada. Dia kemudian terdengar lelaki itu membisikkan kata-kata lucah kepadanya dan gangguan itu berterusan sambil pelaku membuat ekspresi tidak senonoh ke arah mangsa,” kata kenyataan itu.

Rapid Rail ialah anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad yang mengendalikan perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, Ampang dan Sri Petaling serta KL Monorel. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m959d7

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.