Hi! Welcome Back and Stay Tune! Biar Penyokong Pembangkang Sahaja Datang Tengok Debat Saya Dan Tun M – Nazri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Biar Penyokong Pembangkang Sahaja Datang Tengok Debat Saya Dan Tun M – Nazri

KAMPAR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta ahli-ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) serta penyokong kerajaan supaya tidak hadir ke sesi debat antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu menjelaskan biarlah penyokong-penyokong pembangkang sahaja yang mengikuti debat tersebut.

Selain penyokong pembangkang, Nazri juga mahu memberi peluang kepada pengundi Padang Rengas hadir dan mendengar hujah beliau dan Dr Mahathir.

“Cuma saya nak minta kepada ahli-ahli UMNO dan juga penyokong kerajaan, tak payah marilah, tak payah mari sebab orang UMNO dan Barisan Nasional dan tahu apa saya nak cakap.

“Jadi saya minta supaya pembangkang yang memenuhi dewan itu. Ini permintaan saya supaya tidak berlaku apa-apa keadaan yang tidak diingini.

“Jadi saya menyeru kepada ahli-ahli UMNO, penyokong kerajaan jangan datang ke Padang Rengas. Cukuplah pengundi-pengundi saya daripada Padang Rengas datang untuk sama-sama dengan pihak pembangkang daripada seluruh negara menghadiri dan mendengar wacana saya dan Tun Mahathir,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pra sejarah Perang Dunia kedua di Kampar hari ini.

Mengulas mengenai kebenaran untuk mengadakan debat tersebut, Nazri menjelaskan beliau telah meminta Setiausaha UMNO Bahagian Padang Rengas membantu pihak penganjur mendapatkan permit tersebut.

Menurut beliau, perkara ini tidak ada kena mengena dengan isu tidak boleh menggunakan sekolah untuk aktiviti di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana pihaknya bukan hendak mengadakan demonstrasi.

“Ia tidak ada kena mengena dengan tidak boleh menggunakan sekolah untuk aktiviti di bawah Peaceful Assembly Act kerana kita bukan ada demonstrasi.

“Saya bentang undang-undang ini, saya tahu apa yang boleh dan tidak boleh. Apa yang kita nak buat ialah wacana bukan demontrasi,” katanya lagi.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m9B2Cp

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.