Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gadis OKU Realisasikan Impian Jadi Penyampai Ramalan Cuaca - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gadis OKU Realisasikan Impian Jadi Penyampai Ramalan Cuaca

SEORANG gadis kelainan upaya (OKU) berjaya memenuhi impiannya minggu ini apabila dia menjejak kaki ke skrin hijau untuk membaca ramalan cuaca di televisyen buat kali pertama.

Melanie Segard, seorang wanita penghidap sindrom Down dari  Perancis yang berusia 21 tahun itu tersenyum lebar apabila muncul di kaca TV pada malam Selasa.

Stesen TV France 2 menjemput Segard untuk mengacara selepas kempen Facebooknya, #MelaniePeutLeFaire atau “Melanie boleh melakukannya” tular di media sosial.

Dengan bantuan Unapei – sebuah organisasi bukan keuntungan yang membantu mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan menyokong mereka yang kurang upaya, Segard meminta pengikutnya untuk membantu merealisasikan impiannya untuk menyampaikan ramalan cuaca di TV secara langsung.

Dalam hanya beberapa jam, akaun Facebooknya mula mendapat perhatian dunia.

“Saya berbeza, tetapi saya mahu menunjukkan kepada semua orang yang saya boleh melakukan banyak perkara,” tulis Segard di laman Facebooknya.

Pada Selasa lalu, Segard berjaya melakukannya dengan sokongan stesen TV France 2.

“Inilah dia. Saya telah melakukannya. Saya akhirnya menjadi gadis cuaca,” kata Segard selepas membuat penampilan sulung di stesen TV tersebut.

Memetik laporan portal antarabangsa, Segard dikatakan diberi latihan selama empat hari.

“Melanie tidak boleh membaca atau menulis.

“Matlamatnya adalah untuk membuat dia berasa yakin dan gembira,” kata Nathalie Rihouet, ketua perkhidmatan cuaca stesen TV itu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n5pdwf

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.