Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Digantung, Denda Angkara Kasari Lawan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Digantung, Denda Angkara Kasari Lawan

KUALA LUMPUR: Lima pemain tempatan digantung dan didenda oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam selepas didapati bersalah melanggar Kod Tatatertib badan induk bola sepak negara itu.

Lima pemain berkenaan ialah Mohd Fazli Zulkifli dari PKNP FC, Suhairy Johari (ATM), Mohd Firdaus Azizul (Felcra FC), Ahmad Syamim Yahya (Pahang) dan Mohd Khairul Rizam Che Soh (T-Team).

Fazli dan Suhairy yang bergaduh ketika perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh 24 Februari lalu masing-masing didenda RM1,000 dan digantung empat perlawanan berkuat-kuasa serta merta.

Firdaus turut dikenakan hukuman sama apabila didapati bersalah menumbuk perut pemain KDMM FC, Mohd Helmi Sudin ketika perlawanan Piala FAM di Stadium Mini Kompleks Sukan Keningau, Sabah pada 26 Februari lalu.

Khairul Rizam pula dipersalahkan kerana menumbuk perut pemain Pahang, Shazlan Zaidin, ketika perlawanan Piala Presiden di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 2 Mac lalu. Dia turut digantung empat perlawanan dan didenda RM500.

Sementara itu, Ahmad Syamim yang menunjukkan isyarat lucah ketika perlawanan Liga Super di antara Melaka dan Pahang di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 25 Februari, digantung satu perlawanan serta didenda RM500.

Mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan Datuk Kang Hwee Gee itu turut menghukum Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akibat tindakan penyokongnya yang menceroboh masuk ke dalam padang selepas perlawanan Piala FA antara Selangor dan Negeri Sembilan pada 14 Februari lalu di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

PBNS didapati bersalah kerana melanggar Artikel 70.2 Kod Tatatertib FAM 2015 berkenaan ‘Tanggungjawab Bagi Kelakuan Penonton’ dan dikenakan hukuman denda RM5,000.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mC2815

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.