Hi! Welcome Back and Stay Tune! Patung 'Harimau Paling Bahagia Di Dunia' Dirobohkan Kerana Tak Garang, Melucukan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Patung 'Harimau Paling Bahagia Di Dunia' Dirobohkan Kerana Tak Garang, Melucukan

Bandung: Tentera Indonesia bertindak menurunkan patung harimau di depan sebuah kem komando di sini selepas ia menjadi bahan lawak di media sosial kerana rupanya yang bukan sahaja tidak garang, malah lucu.

Menurut Harimau Metro, harimau terbabit merupakan maskot kem tentera di Cisewu. Disebabkan mulutnya yang kelihatan seperti tersenyum menyebabkan ia mulai viral media sosial.

Ramai pengguna media sosial menganggap patung harimau itu lucu dan sehingga menerima jolokan ‘harimau paling bahagia di dunia.’

Kepala saya sakit kerana menahan ketawa apabila melihat beberapa gambar jenaka harimau Cisewu ini,” kata seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Galcit.

Selepas gambar itu viral, tentera akhirnya menurunkan patung yang sudah enam tahun berada di situ kelmarin.

Harimau sepatutnya kelihatan garang kerana haiwan itu melambangkan keberanian dan ketangkasan.

Apabila seseorang mengkritik patung itu kerana kelihatan lucu kami tidak boleh tidak mengendahkannya,” kata jurucakap tentera, Mokhamad Desi Arianto.

Menurutnya, maskot harimau yang baru dan garang akan menggantikan tempat patung lama itu.

Tidak lama selepas gambar patung harimau itu diturunkan, pengguna media sosial melahirkan kesedihan dengan tindakan tentera itu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nMFFys

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.