H5N1: Ayam Selamat Dimakan – Dr Hilmi
KUALA LUMPUR: Ayam selamat dimakan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak bimbang dengan pengambilan makanan berasaskan ayam di negara ini walaupun berlakunya wabak selsema burung (H5N1) di Kelantan.
Bagaimanapun, katanya ayam dan hasilan ayam selamat dimakan sekiranya ia dimasak dengan sempurna iaitu pada suhu melebihi 70 darjah Celsius.
“Di Malaysia, kita tak makan ayam mentah, kita masak…ayam dimasak dengan sempurna. Jadi, memanglah selamat untuk dimakan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kolaborasi Kesihatan Pergigian dan Badan-Badan Agama di sini, hari ini.
Dr Hilmi berkata pemantauan Kementerian Kesihatan setakat ini menunjukkan tiada laporan mengenai jangkitan H5N1 kepada manusia termasuk di Kelantan.
Namun, katanya Kementerian Kesihatan akan terus melakukan pemantauan secara berkala di setiap peringkat dan daerah.
Pada Rabu, Kelantan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri setelah ia merebak di jajahan Bachok dan Pasir Puteh selepas Kota Bharu dan Pasir Mas. — BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mPvQRb✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment