Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengurusan Bagasi 'mogok', Lebih 50 Penerbangan Di KLIA Ditunda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengurusan Bagasi 'mogok', Lebih 50 Penerbangan Di KLIA Ditunda

KUALA LUMPUR: Lebih 50 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa ditunda hari ini akibat kegagalan sebuah syarikat penerbangan menguruskan sistem keluar masuk bagasi sejak 7.30 pagi tadi.

Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali yang mengesahkan perkara tersebut berkata, pihaknya turut menerima laporan awal memaklumkan ada antara bagasi penumpang yang tidak sampai ke destinasi.

Kelihatan beg di kawasan pengumpulan bagasi tidak terurus oleh kerana kakitangan pengurusan yang tidak mencukupi - Foto Facebook / Badrul Hisham

“Dalam hal ini, kita pun kecewa kerana perkara ini telah menyebabkan lebih 50 penerbangan di KLIA ditunda.

“Kita (MAHB) masih menunggu laporan mengenai beg yang tidak sampai, maknanya ada beg yang tertinggal (tidak tiba di destinasi),” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambahnya, kejadian pada pagi itu berkemungkinan berlaku akibat rasa tidak puas hati kakitangan syarikat pengurusan bagasi tersebut dengan jadual tugasan yang baharu.

“Ia adalah antara syarikat yang mengendalikan kerja-kerja mengangkat, menyimpan dan menguruskan beg. Jadi laporan yang saya terima, mungkin berlaku pertukaran jadual tugas yang mungkin tidak dipersetujui oleh pekerja-pekerja.

“Pada peringkat awal, MAHB telah menolong untuk mengangkat beg, tetapi kalau dikehendaki, kakitangan MAHB sendiri akan membantu syarikat tersebut untuk mengendalikan beg tersebut,” katanya.

Kini tular di media sosial beberapa foto menunjukkan situasi di pusat pengumpulan bagasi yang tidak terurus kerana dikatakan kakitangan pengurusan bagasi yang tidak mencukupi.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m9yxQt

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.