Hi! Welcome Back and Stay Tune! Parti Bebas Rasuah Hanya Untuk Tembolok Ezam Dan Khairuddin – Lokman Adam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Parti Bebas Rasuah Hanya Untuk Tembolok Ezam Dan Khairuddin – Lokman Adam

KUALA LUMPUR: Hasrat menubuhkan parti baru jelas menunjukkan perjuangan bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dan bekas naib ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hanya untuk tembolok sendiri.

Presiden Suara Generasi Terbilang Datuk Lokman Noor Adam berkata, mereka berdua sudahpun menyertai PPBM sebelum ini namun meninggalkan parti tersebut apabila gagal mendapat tempat atau peranan penting dalam PPBM.

“Daripada maklumat dalaman yang saya terima, Khairuddin akan bertanding di kerusi Titiwangsa, manakala Ezam pula akan bertanding menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan apabila gagal mendapatkan kerusi Shah Alam yang dia inginkan bagi melonjakkan semula popularitinya yang sudah semakin malap kini.

“Bagi saya, sebarang usaha untuk mewujudkan parti baru di kalangan pembangkang akan menguntungkan Barisan Nasional (BN). Sebelum Pilihan Raya Umum 1999, kerusi Melayu ditandingi oleh Pas mewakili pembangkang. Manakala bagi kerusi kawasan Cina dan India ditandingi oleh DAP.

“Bagaimanapun, pada tahun 1999, Pas dan DAP telah mengalah dan memberikan sebahagian besar kerusi yang mereka tandingi kepada PKR. Ini kerana, PKR perlu diberikan lebih kerusi berbanding Pas dan DAP untuk membuktikan PKR mengepalai pakatan ini dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri Pakatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BACA: Ezam tubuh Parti Bebas Rasuah

BACA: 

Pas tawar hati, tidak mahu bersemuka dengan PPBM

Pada Jumaat, Ezam mengumumkan penubuhan sebuah parti baru yang mempunyai hanya satu objektif iaitu semata-mata untuk memerangi rasuah habis-habisan.

Jelasnya, Parti Bebas Rasuah yang ditubuhkan tidak berminat untuk membentuk kuasa seperti parti politik lain dan ia akan kekal menjadi parti kecil dan berobjektif tunggal.

Dalam pada itu tegas Lokman, keputusan Pas tidak akan bersama Pakatan Harapan pada PRU ke-14 membuktikan mereka akan bertanding di kerusi-kerusi yang pernah mereka tandingi sebelum diserahkan kepada PKR pada tahun 1999.

“Begitu juga dengan PAN, sudah pasti mereka mahu meletakkan calon dikerusi yang Pas tandingi. Persoalannya sekarang, di manakah kerusi yang bakal PPBM tandingi?

“Jika hendak serahkan separuh dari kerusi PKR kepada PPBM pun hampir mustahil akan berlaku, bagaimana mungkin PPBM mahu mendabik dada bahawa parti mereka bakal melahirkan calon Perdana Menteri?

“Kalau parti bekas Perdana Menteri yang pernah memerintah 22 tahunpun belum tentu akan diberi laluan oleh PKR dan PAN, hampir pasti parti baru Ezam dan Khairuddin ini boleh kita anggap seperti ‘Parti Dua Butir’ yang mungkin akan bertanding di hanya dua kerusi Parlimen,” jelasnya.

Tambahnya, senario paling baik yang mungkin akan dinikmati Pakatan Harapan selepas acara bertikam lidah dan ugut mengugut semasa Mesyuarat Pengagihan Kerusi, hanyalah kejayaan meletakkan satu calon dari Pakatan Harapan untuk menentang calon BN.

“Namun, mereka hampir pasti akan gagal memberikan saingan kepada BN kerana Pas kini sudah bebas untuk bertanding di mana jua tanpa terikat dengan keputusan BN mahupun Pakatan Harapan.

“Pertandingan tiga penjuru dan mungkin empat penjuru tidak mungkin dapat dielakkan. Ini akan membolehkan BN menang besar pada PRU ke-14 dan Ezam mungkin akan membuat keputusan melakukan ‘pusingan U’ dan kembali kepada UMNO. Persoalannya, patutkan kita membiarkan diri kita diperdaya Ezam lagi?” soalnya.

Semasa pengumuman penubuhan parti baru, Ezam juga menjelaskan parti itu juga akan memberi tumpuan kepada Kementerian Kewangan kerana, menurutnya, di situlah ‘lubuk kejahatan’ dan salah guna kuasa berlaku.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mySjAe

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.