Suami Terlalu Muda, Tiada Persefahaman Punca Penceraian – Zarina Anjoulie
70
Hiburan
Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie akui punca perceraiannya dan suami, Pengiran Mohd Ilham Syazwan, 26, adalah disebabkan tiada persefahaman di antara mereka berdua.
Menurut Zarina, 31, mereka mengambil keputusan untuk bercerai secara baik selepas gagal menyelesaikan masalah dalam rumahtangga yang terjadi.
“Faktor penceraian saya disebabkan usia bekas suami yang terlalu muda ketika berkahwin.
“Selepas mendapat anak, keretakan rumah tangga kami sukar dibendung dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami.
“Saya sebenarnya mengharapkan yang terbaik daripada perkahwinan ini tetapi apakan daya jodoh saya tak kekal lama.
“Kebahagiaan kami hanya dapat dikecapi selama setahun lima bulan saja dan selepas itu rumah tangga kami mula bergolak,” katanya.
Pasangan ini berkenalan menerusi Instagram sejak November 2014 dan seterusnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2015.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia enam bulan yang dijaga oleh Zarina.
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Sumber Oleh : Harian Metro
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mC4lJY✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment