Malaysia Tidak Akan Benarkan Negara Dijadikan Batu Loncatan – TPM Zahid
KUALA TERENGGANU: Malaysia tidak akan sesekali membenarkan negara ini dijadikan batu loncatan atau tempat untuk melancarkan keganasan dan melakukan jenayah antarabangsa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan amat menghargai kecekapan anggota keselamatan dalam menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.
Menurut beliau, ia sekaligus membuktikan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia terjalin erat menerusi Strategi Lautan Biru, NBAS yang dilaksanakan kerajaan,
“Jika hanya peralatan yang canggih tetapi tidak ada roh, tidak ada semangat yang tersuntik di dalam diri pegawai-pegawai keselamatan dan pegawai-pegawai yang mempertahankan negara kita maka tidak ada makna kepada keharmonian dan kesejahteraan negara kita,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Berkelompok Persidangan UMNO cawangan peringkat negeri Terengganu dan penyampaian hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) peringkat negeri di sini hari ini.
Beliau turut mengakui Malaysia berdepan ugutan dan ancaman berhubung isu berkenaan .
Menurutnya, walaupun tegas, kerajaan turut mengambil kira keadilan dan keselamatan rakyat kedua-dua negara .
Katanya, kes pembunuhan berprofil tinggi itu adalah ujian buat Malaysia dan rakyat daripada pelbagai latar politik, agama dan bangsa perlu bersatu demi mempertahankan keamanan serta keselamatan negara.
“Rakyat perlu bersatu dengan mengetepikan perbezaan politik dalam kalangan kita… perbezaan agama dan bangsa, demi negara, keselamatan dan memastikan negara kita aman,” katanya.
Malaysia juga menurutnya mempunyai pemimpin yang rasional yang sentiasa menghormati mana-mana pemimpin negara luar selagi mereka menghormati pemimpin negara ini.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n6bOUx✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment