'Lelaki Itu Yang Langgar Kereta Kitorang' – Lana Nordin Nafi Laporan Stomp
KUALA LUMPUR – “Silap dear, lelaki itu yang langgar kereta kitorang. I ada masa tu. Lepas tu dia dah salah, biasalah buat certa terbalik. Suruh dia upload video dari awal la dear” demikian reaksi awal Lana Nordin berhubung viralnya video suaminya yang didakwa telah melanggar kereta seorang pemandu warga Singapura, 14 Mac lalu.
Membalas pertanyaan followersnya di laman Instagram, ini kenyataan Lana Nordin seterusnya:
Menurut Lana, dia tidak mencari publisiti murahan dan redha dengan apa yang berlaku. Namun menegaskan bahawa pemandu warga Singapura itu yang melanggar kereta mereka.
“Nampak sangat lelaki itu pengecut. Suruh saja dia upload video part yang dia langgar mula-mula itu. Nasib baik kami lepaskan dia tak pergi balai. Dan-dan kata kita langgar dia dan dia upload pula video ngam-ngam selepas dia dah langgar kita. Pandai betul chinese driver tu kan!” tulisnya.
A post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie) on Mar 16, 2017 at 8:29am PDT
Terdahulu laman Stomp.sg melaporkan kenyataan isteri kepada pemandu warga Singapura itu bahawa suami pelakon berkenaan yang terlebih dahulu melanggar kereta suaminya yang dalam perjalanan pulang ke Singapura dari pejabatnya di Johor Bahru.
Biar apa pun puncanya, selesaikanlah dengan baik dan tidak perlu membabitkan kekerasan dalam hal sekecil ini. Semoga kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian yang terbaik. – The Reporter
Artikel berkaitan:
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment