Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO Sedia Bekerjasama Dengan Musuh Politik Hadapi PRU14 – TPM Zahid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO Sedia Bekerjasama Dengan Musuh Politik Hadapi PRU14 – TPM Zahid

KUALA TERENGGANU: UMNO membayangkan bakal bekerjasama dengan parti yang mempunyai asas perjuangan yang hampir sama dalam menghadapi pilihan raya umum ke 14 (PRU14) termasuk bekas musuh politiknya.

Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkembangan berkenaan membuktikan bahawa tiada rakan atau musuh yang kekal dalam arena politik.

Tanpa menamakan parti berkenaan, beliau berkata parti itu mempunyai pengaruh dan kewibawaan tersendiri berbanding kelompok ‘ketam batu’ yang meninggalkan parti  untuk  memperjuangkan agenda peribadi masing masing.

“Kawan baru ini mungkin dulu adalah musuh politik kita, tetapi mereka telah ‘ta’awun’, mereka telah ‘tabbayun’, mereka telah memahami, mereka telah melakukan ‘crystallisation’ terhadap permasalah yang kita tangani bersama dengan tidak ada anggapan lain,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Berkelompok Persidangan UMNO cawangan peringkat negeri Terengganu dan penyampaian hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) peringkat negeri di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, pendekatan UMNO dan Barisan Nasional berbeza dengan pembangkang yang bekerjasama dalam keadaan terdesak untuk menumbangkan kerajaan.

Sebaliknya UMNO meletakkan kepentingan agama dan bangsa tanpa mengenepikan kepentingan kaum lain dalam menentukan hala tujunya.

“Kita bukan berhasrat untuk mengadakan ‘tahaluf siyasi’ secara semberono, ‘political callibration’ secara mendadak tetapi InsyaAllah pendekatan kita penuh dengan kebijaksanaan dan persefahaman di kalangan kita,” katanya lagi.

Sementara itu,  beliau turut mengesahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membentangkan Rang Undang-Undang 355 pada sidang Parlimen akan datang.

Menurutnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk menterjemahkan hasrat  berkenaan tanpa menggugat kepentingan agama serta kaum lain di negara ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nMQP6s

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.