Hi! Welcome Back and Stay Tune! Skuad B-22 Kita Diundi Dalam Kumpulan Maut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Skuad B-22 Kita Diundi Dalam Kumpulan Maut

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 22 (B-22) negara berdepan laluan sukar selepas diundi dalam kumpulan maut bagi pusingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China pada 2018.

Anak buah Frank Bernhardt itu diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Indonesia, Mongolia dan Thailand, yang bakal menjadi tuan rumah bagi pusingan kelayakan kumpulan berkenaan.

Pusingan kelayakan dijadual berlangsung dari 19 hingga 23 Julai ini, dengan juara dan enam naib juara kumpulan terbaik, akan melayakkan diri ke pusingan akhir.

Sebanyak 40 negara yang dibahagikan kepada 10 kumpulan bakal bersaing bagi merebut tempat ke pusingan akhir di China yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 17 Februari depan.

Sementara itu, Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John, berkata melihat kepada undian hari ini, pasukan negara bakal berdepan laluan getir apabila bakal bertemu musuh tradisi, Indonesia dan Thailand.

“Ia medan terbaik buat skuad Malaysia mengukur tahap keserasian kerana ia seperti perlawanan yang bakal Malaysia tempuhi pada Sukan SEA nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis undian berkenaan di AFC House, Bukit Jalil, hari ini.

Skuad B-22 negara ketika ini berada di Dubai bagi menghadapi Kejohanan B-23 Piala Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bermula Isnin ini, sebagai pasukan bayangan yang akan menggalas cabaran pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pada Ogos. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mD6LYB

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.