Sukan Sarawak Kembali Dianjurkan Tahun Ini
MENTERI Belia, Sukan dan Solidariti, Datuk Seri Micheal Manyin Jawong (kanan) merasmikan Pelancaran Logo Sukan Sarawak 2017, di Hotel Grand Margherita Kuching. Turut hadir Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (dua dari kiri). – Foto Nadim Bokhari
KUCHING: Selepas hampir tiga dekad tidak dianjurkan, Sukan Sarawak (SukSar) yang dulunya berprestij di negeri ini akan kembali dianjurkan di Kompleks Sukan Sarawak, Petra Jaya, selama empat hari bermula 14 hingga 17 Disember depan.
Kali terakhir SukSar diadakan adalah pada 1990 dan temasya berkenaan kini dikembalikan semula demi menjamin bakat anak negeri mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi, malah menjangkau ke peringkat nasional.
Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin, berkata penganjuran sukan berkenaan membabitkan 14 acara seperti angkat berat, badminton, berbasikal, bola baling, boling padang, judo, karate, memanah, Muay Thai, olahraga, petanque, ragbi, renang dan sepak takraw.
“Laungan ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ turut dipilih sebagai slogan semangat rasmi bagi temasya kali ini kerana ia sudah menjadi simbol yang dekat di hati rakyat Sarawak.
“Malah slogan itu sudah popular di seluruh negara. Diharapkan, semangat laungan itu menjadi pembakar semangat kepada atlit Sarawak sentiasa meletakkan penanda aras tinggi untuk berjaya.
“Selain itu, penganjuran SukSar juga adalah bertujuan memberi peluang kepada bakat muda bertanding di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Logo SukSar, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Manyin berkata bagi memastikan piawaian atlit bertanding pada SukSar kekal tinggi, para atlet di 12 Bahagian di negeri ini perlu bertanding di peringkat Bahagian yang dipecahkan kepada empat zon saringan.
“Zon berkenaan termasuk Zon Utara membabitkan Limbang, Miri dan Bintulu; Zon Tengah (Kapit, Sibu dan Mukah); Zon Timur (Sarikei, Betong dan Sri Aman) dan Zon Selatan (Kuching, Samarahan dan Serian),” katanya.
Katanya, SukSar adalah sumbangan Sarawak kepada negara dalam membantu mengenalpasti atlit berpotensi bermula di peringkat akar umbi.
“Tidak terhenti setakat itu, SukSar juga menganjurkan acara sukan khusus untuk atlit kurang upaya membabitkan acara renang, angkat berat, memanah dan olahraga,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n5oX0a✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment