Hi! Welcome Back and Stay Tune! Borneo Eagles Sedia Pertahan Kejuaraan Ragbi 7 Sebelah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Borneo Eagles Sedia Pertahan Kejuaraan Ragbi 7 Sebelah

PEMAIN Borneo Eagles menjalani latihan di Kompleks Sukan Sandakan, pagi tadi.

SANDAKAN: Walaupun dibarisi pemain baharu, pasukan Borneo Eagles bersedia untuk mempertahankan kejuaraan mereka pada kejohanan Ragbi Antarabangsa Borneo Tujuh Sebelah (7s) 2017 yang bermula di sini esok.

Pengendalinya, Edwin Cocker yang juga bekas kapten All Blacks, berkata kesemua pemain yang disenaraikan kecuali beliau adalah kali pertama beraksi kejohanan yang masuk edisi ke-14 itu.

“Kesemua pemain Borneo Eagles ini adalah pasukan pelapis skuad tujuh sebelah New Zealand.

“Kita juga harap kejohanan ini akan memberi pengalaman berguna kepada pemain yang dibarisi pemain muda, malah berpeluang mengintai tempat dalam skuad Olimpik New Zealand di Jepun pada tahun 2020,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Kompleks Sukan Sandakan, di sini, hari ini.

Cocker berkata, pasukan itu mula bersama sejak Disember lalu selepas kejohanan kebangsaan di New Zealand, tahun lalu.

“Kesemua pemain berasal dari beberapa daerah berasingan, mereka masih muda dan saya yakin mereka mampu memberi saingan sengit kepada pasukan lain,” katanya.

Sementara itu, pengendali Hong Kong, Paul John, berharap pasukan yang muncul sebagai naib juara, tahun lalu, itu akan dapat menebus kekecewaan mereka di final, edisi sebelum ini.

“Saya baru seminggu mengendalikan pasukan, saya orang baru jadi saya tidak tahu pasal itu (muncul naib juara tahun lalu), apapun saya mahu mendapat keputusan lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Tambah beliau, kebanyakan pemain yang disenaraikan adalah pemain yang sama ketika pasukan berkenaan menyertai kejohanan itu, tahun lalu.

“Ia (kejohanan Ragbi Antarabangsa Borneo Tujuh Sebelah) sesuatu yang baik untuk pasukan selepas bersaing dalam kejohanan di Hong Kong, baru-baru ini,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ngszwJ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.