Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Nampak mahal, tapi murah?’ – Peguam ini jelas kenaikan fi guaman bukan seperti yang anda sangka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Nampak mahal, tapi murah?’ – Peguam ini jelas kenaikan fi guaman bukan seperti yang anda sangka

Pada tarikh 15 Mac yang lepas, Majlis Peguam ada buat perubahan pada skala nilai kos guaman bila membeli rumah.

Tok ada cover topik ni. Kalau korang tak ingat, klik sini untuk baca balik.

Tok sarankan korang hadamkan yang tu dulu, baru sambung baca artikel ini.

Bila dapat tau pasal benda ni, maka ramai la yang mengeluh. Lagi-lagi bila tengah waktu ekonomi tak cantik bagai.

Memang orang tak berselera nak dengar berita macam ni.

Mula-mula, Tok pun rasa macam apa yang korang rasa tu. Tapi lepas baca perkongsian Tuan Salkukhairi Abd Sukor (Presiden HartaGuam) ni, baru Tok bertambah jelas.

Memang tak seperti apa yang ramai orang sangka. Baca sekarang kalau korang serius nak tau.

Bertambah beban si pembeli rumah?   

Sejak minggu lepas, ramai yang tak senang duduk bila dengan cerita tentang fi guaman yang kononnya, naik sampai 20% berbanding sebelum ni.

Siapa yang suka dengar cerita harga naik?

Rasanya, takde seorang pun. Dan sebab kenaikan fi ni, MAHAL jadi perkataan yang trending pada hari tu.

Bahkan, ada juga pihak wartawan dapatkan komen saya tentang perkara ini.

Sukacita saya maklumkan. Memang ada pindaan dibuat oleh Perintah Saraan Peguam Cara (Pindaan) 2017 yang berkuatkuasa pada tarikh 15 Mac 2017 (minggu lepas).

Apa yang berubah dekat kos guaman sebelum ini?

Sebelum ni, kalau korang beli rumah:

  • RM150,000 pertama akan dikenakan caj 1%,
  • RM150,001 hingga RM850,000 yang berikut akan dikenakan caj 0.7%, dan
  • RM850,001 hingga RM2,000,000 akan dicaj 0.5%.

Yuran guaman paling minimum pulak ditetapkan pada kadar RM300.

Kalau ikut pindaan yang terbaru pulak:

  • RM500,000 yang pertama akan dicaj 1%,
  • RM500,000 berikutnya, korang akan dicaj 0.8%,
  • RM2,000,000 seterusnya, korang akan dicaj 0.7%,
  • RM2,000,000 berikutnya, akan dicaj 0.6%,
  • RM2,500,000 yang berikutnya, akan dicaj 0.5%,
  • Kalau nilai rumah lebih RM7,500,000, boleh dirunding (tapi tak boleh lebih daripada 0.5% daripada harga rumah)

Semakin mahal ke semakin murah? Nombor tak pernah menipu

Saya bagi contoh. Katakan, korang beli rumah harga RM500,000.

Ini kiraan sebelum pindaan dibuat:

  • RM150,000 pertama (1%) =
    • RM1,500,
  • Baki RM350,000 (0.7%) =
    • RM2,450,
  • Total = RM3,950

Ini pula cara kira selepas pindaan dibuat:

  • RM500,000 pertama (1%) =
    • RM5,000,
  • Tolak dengan diskaun 25% =
    • RM1,250
  • Total = RM3,750

Ada berlaku pengurangan pada kos sebanyak RM300. Kalau dah 10 kes, peguam dah kurang untung sebanyak RM3,000. Kalau lebih, jumlah ni dah tentu semakin besar.

Mungkin anda tak terkesan. Tapi…

Hakikatnya, takde kenaikan kepada fi guaman seperti yang korang dengar tu. Yang ada, hanyalah pindaan kepada skala fi kadar guaman je.

Bahkan, kalau dibuat pengiraan sebenar berdasarkan pindaan tersebut, jumlah keseluruhan fi guaman mungkin akan jadi lebih rendah (dan tentu lebih murah), berbanding sebelum ni.

Mungkin ini maksud yang ramai sahabat peguam saya cakap sebelum ini:

“Fi guaman baru ni nampak je MAHAL, tapi sebenarnya lebih MURAH daripada sebelum ini.”

Pindaan ni tak bagi apa-apa kelebihan pun dekat peguam hartanah seperti kami ni.

Cuma, ini akan beri kesan negatif kat firma guaman kecil (yang uruskan kes urusniaga hartanah yang sikit) berbanding firma guaman yang besar.

In Shaa Allah HartaGuam akan adakan perbincangan lanjut dengan Majlis Peguam untuk cadangkan, supaya perlaksanaan pindaan ni dikaji semula agar ia bersifat lebih adil kepada semua peguam.

Terima kasih.

Salkukhairi Abd Sukor,

PRESIDEN, PERSATUAN GUAMAN HARTANAH MALAYSIA (HartaGuam)

Bila dah habis baca penjelasan tadi, baru terasa ringan sikit kepala tu, kan?

Korang dah tak payah risau bayar kos guaman yang tinggi. Jelas dah korang akan bayar jumlah yang lebih rendah berbanding sebelum ni.

Semoga perkongsian bermanfaat ni berjaya cerahkan pandangan korang tentang topik ni. Jemput SHARE kat kenalan korang yang lain supaya ilmu ni tersebar luas.

Kos guaman bertambah murah. Takde sebab dah untuk anda skip beli rumah pertama tahun ini

Ini satu kelebihan yang tak disangka-sangka. Paling kurang, pengurangan kos ni sedikit sebanyak akan bantu ringankan beban korang.

Dan sebab tu jugak, korang tak patut lepaskan peluang emas ni untuk beli rumah cepat-cepat tahun ni.

Yang baru dan tak tau mana nak mula, belajar sekarang dengan 16 pelabur hartanah otai ni. Klik link bawah ni sekarang:

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’

The post ‘Nampak mahal, tapi murah?’ – Peguam ini jelas kenaikan fi guaman bukan seperti yang anda sangka appeared first on GilaHartanah.com.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mXJJwC



✍ Sumber : ☕ GilaHartanah.com


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.