Roma Cipta Kebangkitan
PEMAIN Roma, Edin Dzeko meraikan kemenangan selepas menjaringkan gol menentang Sassuolo. – Foto Reuters / Stefano Rellandini
MILAN: Gol lewat permainan Edin Dzeko membantu Roma bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Sassuolo 3-1, awal pagi tadi, sekali gus kekal dalam pemburuan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.
Roma tergelincir ke tangga ketiga Serie A dengan 11 mata di belakang pendahulu Juventus selepas gergasi Turin itu semakin hampir merekodkan gelaran Scudetto keenam berturut-turut dengan kemenangan 1-0 di Sampdoria.
Bagaimanapun, skuad Luciano Spalletti, yang masih terluka akibat tersingkir daripada Liga Europa kepada Lyon, Khamis lalu, mengatasi permulaan goyah di Stadio Olimpico.
Ia terbukti apabila tonggak Roma, Leandro Paredes dan Mohamed Salah masing-masing menyumbat gol sebelum menuju rehat separuh masa dan Dzeko masuk dari bangku simpanan untuk memastikan kemenangan dengan jaringan peribadi ke-21 pada kempen ini di minit ke-68.
Sassuolo menyinar di awal aksi dan selepas menguji Wojciech Szczesny, penyerangnya Gregoire Defrel yang tidak diawasi menewaskan penjaga gol pinjaman Arsenal itu seawal minit kesembilan.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2npPkhX✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment