70 pekerja kilang diserang histeria
Suasana sebuah kilang elektronik di sini malam semalam gempar seketika apabila beberapa pekerja wanita diserang histeria sehingga menyebabkan operasi terpaksa ditutup.
Serangan ini bukan pertama kali kerana beberapa pekerja wanita di kilang berkenaan pernah mengalaminya tetapi serangan kali ini melibatkan jumlah yang ramai.
Seorang pekerja yang enggan identitinya didedahkan memberitahu, sejak kebelakangan ini pekerja kilang itu khususnya wanita sering mengalami gangguan.
Katanya, keadaan itu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini menyebabkan mereka mendapatkan bantuan daripada Pusat Rawatan Islam Al-Qalam.
Dia yang masih bingung dengan kejadian itu berkata, pada mulanya beberapa pekerja wanita yang sedang menjalankan tugas menjerit secara tiba-tiba.
“Kemudian ia merebak kepada pekerja wanita yang lain sehingga suasana menjadi hampir tak terkawal,” katanya.
Sementara itu Timbalan Presiden Al-Qalam, Roslan Salleh berkata, majoriti yang terkena gangguan histeria itu adalah pekerja wanita asing.
Beliau berkata, rawatan dilakukan sendiri oleh Presiden Al-Qalam, Datuk Seri Baharuddin Abu untuk mengusir makhluk halus dan memulihkan semula semangat pekerja-pelerja terbabit.
“Punca mungkin daripada tandas dan Datuk Seri Baha sedang berusaha untuk membersihkan tempat itu.
“Kami juga yakin ada di kalangan pekerja asing itu yang membawa ‘bekalan’ daripada negara asal sebagai pendinding,” katanya.
The post 70 pekerja kilang diserang histeria appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oGZ6hd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment