Hi! Welcome Back and Stay Tune! Airbnb Kini Menyasarkan Pengguna Perusahaan Dan Perniagaan Melalui Penawaran Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Airbnb Kini Menyasarkan Pengguna Perusahaan Dan Perniagaan Melalui Penawaran Baru

Sejak diperkenalkan pada tahun 2008 yang lepas, Airbnb sering memasarkan perkhidmatan mereka untuk mereka yang mengembara dan bercuti ke kawasan baru, dan sedang melihat kepada penginapan yang murah dan unik. Minggu hadapan, Airbnb dilihat akan membuat sedikit perubahan.

Airbnb merancang untuk memperkenalkan sebuah fungsi carian khusus untuk mereka yang mencari penginapan ketika ke luar negara atau bandar dalam urusan perniagaan. Fungsi ini akan membolehkan tapisan dilakukan, dan hanya memaparkan hasil carian untuk lokasi Airbnb yang menepati ciri Business Travel Ready. Untuk mendapatkan penyenaraian dibawah BTR, Airbnb menetapkan rumah atau bilik berkenaan perlu mempunyai meja, WiFi, daftar masuk melalui penjaga atau secara kunci digital – lebih kurang seperti hotel, termasuk sabun percuma dan sebagainya.

Menurut Airbnb, 90% pelanggan mereka pada hari ini adalah yang pergi bercuti. Syarikat berkenaan kini turut melihat kepada peluang besar, iaitu ruangan penginapan untuk mereka yang ke luar disebabkan urusan perniagaan – salah satu pasaran besar yang masih di dominasi oleh hotel.

Angka pengguna yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk urusan kerja dilihat meningkat dari hari ke hari, dan kini Airbnb sendiri dilihat ingin memfokuskan dan memberikan keselesaan kepada pengguna.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pcmIsy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.