Cucu Tauke Beras bukan drama ‘kosong’
SEJAK kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan karya adaptasi novel yang menjurus kepada kisah cinta fantasi.
Ingin lari dari fenomena sama, A Aida Production Sdn Bhd menerbitkan sebuah karya hasil tulisan skrip, Azlina Din menerusi Cucu Tauke Beras.
Drama yang sudah menemui penonton menerusi slot Dahlia TV3 sejak 15 April lalu ini diarahkan oleh sutradara berbakat besar, Khalid Nadzri dan dijayakan pelakon popular seperti Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Tania Hudson, Zizan Nin, Annie Arifin, Farisha Irwayu dan Catriona Ross.
Berkongsi mengenai pembikinan drama 20 episod ini, Khalid berkata, Cucu Tauke Beras tidak mempertaruhkan kisah cinta semata-mata, tapi turut memberi ilmu kepada penonton mengenai proses pengolahan beras.
Bahkan katanya, pelakon juga diberi peluang melalui sendiri proses berkenaan dari awal.
“Menariknya, pelakon utama merasai sendiri semua proses itu dan dalam masa sama, kita juga paparkan pengalaman sebenar pelakon dalam drama.
“Saya bersyukur kerana dapat kerjasama baik dari penduduk di Besut, Terengganu dan sebuah kilang beras yang memberi peluang kepada kita ikuti proses pengolahan beras.
“Cuma pada mulanya agak sukar untuk kita dapat lokasi kilang beras kerana ia melibatkan keselamatan dan kebersihan, namun saya bersyukur apabila kami jumpa sebuah kilang kecil bersesuaian,” katanya yang turut menjalani penggambaran di Kuala Lumpur pada penghujung tahun lalu.
Tambah Khalid, biarpun berdepan cabaran cuaca tidak menentu, namun dia bertuah kerana pelakon komited.
“Zahirah contohnya, kita lihat dia mungkin gadis moden yang tak biasa dengan suasana kampung, tapi sebenarnya dia lasak.
“Malah apabila diminta terjun ke dalam bendang pun, dia tak pernah merungut dan sedia berbuat demikian. Begitu juga dengan pelakon lain yang begitu komited dengan kerja mereka,” jelasnya yang melihat kehadiran pelakon baru memeriahkan lagi industri lakonan tempatan.
Khalid berkata, apa yang diharapkan, Cucu Tauke Beras akan dapat memikat hati penonton.
“Drama ini bukan hanya beras saja, tapi juga hubungan kekeluargaan.
“Apatah lagi dalam drama ini, kita papar perkahwinan antara sepupu. Namun apa yang penting, ia bukan drama kosong dan saya harap semua penonton terhibur dan dapat input baik dari drama ini,” ujarnya.
Kisah cucu tauke beras
Cucu Tauke Beras mengisahkan Irsya (Zahirah), yang dihantar ayahnya pulang ke kampung untuk membantu datuknya mengendalikan perniagaan keluarga ketika cuti semester.
Irsya yakin bahawa kerjanya sangat mudah. Dia berangan untuk menjadi ketua di sebuah pejabat dengan kondisi yang selesa dan berhawa dingin.
Harris (Azrel Ismail), sepupu kepada Irsya telah menjemputnya ke rumah datuk. Irsya terkejut melihat Harris yang dahulunya montel, kini sudah menjadi lelaki segak.
Namun harapannya untuk kerja mudah meleset apabila datuknya mahu Irsya mempelajari proses menanam padi dari mula.
Mampukah Irsya bertahan dengan segala tugasan yang diberikan oleh datuknya itu? Adakah dia akan berputus asa dan pulang ke bandar? Ikuti gelagat lucu Zahirah Macwilson dan Azrel Ismail dalam drama ‘Cucu Tauke Beras’, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang di TV3.
The post Cucu Tauke Beras bukan drama ‘kosong’ appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oHGLR4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment