Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dia belajar agama saya tak Sangka anak gadis saya berzina Dengan ramai lelaki - luahan Bapa ini buat kami menangis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dia belajar agama saya tak Sangka anak gadis saya berzina Dengan ramai lelaki - luahan Bapa ini buat kami menangis

Hati Seorang Bapa
Pada 20 Februari seorang gadis dari sebuah pulau menghubungi saya, memohon untuk berlindung di Baitus Solehah setelah mendapati dirinya telah mengandung 6 bulan.




" ummi , berilah peluang untuk saya berlindung di Baitus Solehah. Hati saya mati. Saya takut hidup saya sia sia dan mati pun dia sia juga. "
" baru terdetik nak berubah?"

" ya ummi, sebelum ni saya takde rasa bersalah bila buat maksiat. Takde rasa berdosa bila buat perkara mungkar. Saya ada masalah keluarga. Dah bertahun tahun saya simpan, bertahun tahun saya stress. Jadi bila ada peluang, bila ada duit sendiri, saya mula cari bahagia di luar rumah untuk hilangkan stress, bukan saya cari tuhan untuk hilangkan stress, akhirnya terlanjur berkali kali dengan lelaki yang saya baru kenali. Saya nak berubah, bantulah bimbing saya untuk bertaubat. "

" baik, boleh. Datang pada 4 Mac nanti ya. Sekarang saya tak ada di rumah. "

Tiba tiba pada 26 Februari, pukul 7.01 pagi saya baca whatsapp mengatakan yang sudah sampai di Larkin Sentral. Ketika ini saya masih di Makkah.

Terus dia naik teksi ke alamat yang dia dapat dari google. Sudah pasti dia pergi ke alamat yang salah. Syukurnya bila tiba di alamat yang berpandu google, ada penduduk di situ bagitahu alamat itu tidak benar. Penduduk itu sudi untuk menghantar ke Baitus Solehah.

Untuk makluman semua, saya tidak pernah mendedahkan alamat Baitus Solehah di internet. Jika ada, alamat itu salah. Bukan saya yang uploadnya. Kenapa dirahsiakan? Demi menjaga keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian seluruh penghuni. 


Bukan semua penghuni datang dihantar keluarga, ada yang datang kerana mahu bertaubat dan melarikan diri dari boyfren atau bapa ayam. Jadi mendedahkan alamat Baitus Solehah mengundang bahaya penghuni penghuni. Disini ada ramai bayi, yang didambakan oleh keluarga angkat, tak berupaya saya melayan yang terus datang merayu rayu memohon anak untuk dijadikan anak angkat.
Bila sampai di pintu pagar rumah, terus penyelia membuat panggilan untuk memaklumkan kedatangannya sedangkan semua sudah maklum sepanjang ketiadaan saya, tidak ada sebarang daftar masuk atau daftar keluar pelatih.

Oleh kerana sudah sampai di pintu pagar setelah melalui perjalanan yang jauh sepanjang malam dari sebuah pulau, saya mengarahkan agar penyelia menerima daftar masuk. Sudah tentu dia tidak mempunyai tempat lain untuk dituju.

Sungguh nekad dia datang tanpa alamat dan tanpa izin. Datang untuk mencari jalan pulang.

Bila saya pulang ke rumah pada 3 Mac, saya panggil dia,

"Emak tahu kamu datang ke sini?"

"Tahu."

"Bapa?"

" tak tahu. Saya belum bersedia nak bagitahu. Kalau bapa tanya emak, emak akan jawap saya sambung belajar. "

Semalam selepas berwudhuk dan mengerjakan solat dhuha, dia datang dekat saya.

" ummi, saya nak telefon bapa saya, saya dah bersedia nak bagitahu. Selagi saya tak bagitahu dan tidak minta maaf, saya tak rasa tenang. Seperti ada yang tidak lepas. Rasa bersalah memanjang. Sekarang saya sudah ada kekuatan untuk bercakap setelah 2 bulan saya mendapat tarbiyah di sini. "

Saya berikan peluang dia berbual dengan bapanya. Ada air mata yang mengalir di pipinya. Bercakap dengan tenang sambil tersedu sedu.

Setelah berlalu 20 minit, telefon diserahkan.

"bagaimana penerimaan bapa kamu?"

" bapa saya diam. Dia kata mungkin emak bapa pun ada salah juga, bapa pesan jaga diri dan jaga anak ini. "

Satu jam selepas dia masuk kelas bapanya telefon saya. Mahu berbual bual dengan saya.

Apabila berbual dengan saya, bapanya meluahkan segala galanya...

"Saya tak sangka anak saya tergamak melakukan perbuatan ini. Dia bersekolah agama. Dia ada pelajaran. Belajar tinggi, masuk universiti. Saya sayang anak anak saya. Semuanya sama , tetap mereka rasa saya tidak berlaku adil. Mereka tak tahu saya kerja kuat bagi memenuhi keperluan keluarga.

Bila saya tanya isteri , isteri bagitahu dia sambung belajar. Tetapi sebenarnya hati saya tak sedap, saya heran kalau dia belajar kenapa tak pernah minta duit. Dari mana dia dapat duit ketika belajar. Kalau dulu waktu di universiti, walaupun dapat tajaan tiap bulan telefon saya minta duit. Sekarang langsung tak de minta. Dah 2 bulan saya tunggu panggilan telefon. Saya ada telefon tak berjawap. "

Bapa ini bercakap dengan suara lirih dan ada kesedihan. Mungkin berusaha menahan tangisan. Hati seorang bapa , bagaimana garang sekali pun , kuat mana pun tetap berduka dan rasa seperti suatu tamparan melekat di pipi bila menerima berita anak jadi begini.

Ramai anak anak tersalah anggap dengan bapa. Semua perkara kongsi cerita dengan emak, tidak dengan bapa. Padahal bapa ketua keluarga yang berusaha mencari rezeki untuk keluarga. Yang menaggung segala galanya. Tetapi kenapa anak anak tidak mahu bermesra dengan bapa, jarang nak bertanya khabar bapa bila sudah berjauhan. 


Jika menghubungi bapa pun sekadar nak duit saja. Apa salahnya sembang sembang dengan bapa supaya bapa terasa keberadaannya. Biar bapa sebuk, penat, hati bapa gembira jika anak anak sudi berbasa basi dengan bapa dan datang dekat bapa. Jangan duduk satu ruang tetapi masing masing sebuk pegang telefon, hadap telefon. Terasa lebih dekat orang jauh dari orang disebelah.
Nasihat saya pada anak, betulkan niat, benar benar taubat nasuha. Bukan mudah seorang bapa untuk menerima dan sanggup muhasabah diri sendiri apabila anak telah melakukan sesuatu yang melibatkan maruah diri.

Ambik pelajaran, hormati bapa , jangan anggap bapa garang akan menjadi singa bila berhadapan perkara yang melibat maruah keluarga. Bersyukur apabila bapa boleh bersabar dan jangan memusnahkan kepercayaan mereka buat kali kedua. Bukan mudah untuk merawat kecewa mereka, berikan masa dan akui kesilapan yang sendiri telah lakukan.

Admin,

Muna liza binti Ismail

#BaitusSolehah
#Selamatkan2Jiwa

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2puTVAf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.