Donald Trump Merungut Tidak Dapat Layanan Adil Dari Arab Saudi
Presiden Donald Trump menyifatkan Arab Saudi tidak melayan Amerika Syarikat (AS) dengan adil dan Washington kehilangan ‘sejumlah besar wang’
WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyifatkan Arab Saudi tidak melayan Amerika Syarikat (AS) dengan adil dan Washington kehilangan ‘sejumlah besar wang’ dalam mempertahankan negara itu.
Dalam temubual dengan Reuters, Trump mengesahkan pentadbirannya sedang berbincang mengenai kemungkinan mengadakan kunjungan ke Arab Saudi dan Israel pada pertengahan Mei ini.
Beliau dijangka membuat lawatan pertamanya ke luar negara sebagai presiden untuk menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels dan mungkin ke beberapa negara lain.
“Secara jujur, Arab Saudi tidak melayan kita dengan adil, kerana AS memperuntukkan sejumlah besar wang dalam mempertahankan negara itu,” katanya.
Kritikan terhadap negara pengeksport minyak terbesar dunia itu cuma mengulangi retorik kempennya pada 2016 apabila menuduh Riyadh tidak berkongsi membayar kepada perlindungan diberikan AS.
“Tiada siapa berani cari pasal dengan Arab Saudi kerana kita menjaga mereka.
“Arab Saudi tidak membayar kita harga yang sepatutnya,” kata Trump pada kempen di Wisconsin setahun lalu. – Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oRJxOY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment