Hi! Welcome Back and Stay Tune! KISAH MATA HARI…PERISIK TERHEBAT JERMAN PENYEBAB 50,000 ASKAR TERBUNUH! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KISAH MATA HARI…PERISIK TERHEBAT JERMAN PENYEBAB 50,000 ASKAR TERBUNUH!

Siapa sangka wanita cantik yang dituduh sebagai perisik semasa era Perang Dunia Pertama ini pernah mengharungi hidup yang penuh berliku. Margaretha Geertruida Zelle atau lebih dikenali sebagai ‘Mata Hari’ ini dilahirkan pada 7 Ogos 1876 di Leeuwarden, Netherlands.

Beliau adalah anak sulung daripada empat adik-beradik. Bapanya, Adam Zelle adalah pemilik kedai topi dan turut berjaya membuat pelaburan dalam industri minyak hingga mampu memberi kemewahan kepada Mata Hari dan keluarganya.

Mata Hari juga pernah mendapat pendidikan di sekolah eksklusif sehingga dia berumur 13 tahun. Bagaimanapun, panas tidak sampai ke petang, bapanya muflis pada 1889 sehingga membawa kepada penceraian tidak lama selepas itu.

Selepas bapanya berkahwin kali kedua di Amterdam pada 1893, kira-kira dua tahun selepas ibunya meninggal dunia, Mata Hari tinggal bersama bapa pembatisannya, Visser di  Sneek.

Di Leiden, Mata Hari menjadi guru tadika tetapi  dipecat selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan guru besar. Selepas beberapa bulan, beliau melarikan diri ke rumah pakciknya di The Hague.

Semasa berumur 18 tahun, Mata Hari berkahwin dengan  Kapten Tentera Belanda, Rudolf MacLeod, 38, yang tinggal di Indonesia (pusat Syarikat Hindia Timur Belanda) pada 11 Julai 1895.

Ia menjadi titik tolak kepada Mata Hari untuk memulakan hidup baru sebagai golongan kelas atasan. Mereka berpindah ke Malang di Jawa Timur dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Perkahwinan mereka tidak kekal lama akibat tabiat buruk MacLeod yang ketagih alkohol dan mempunyai perempuan simpanan. Mata Hari meninggalkan suaminya secara sementara dan tinggal bersama seorang pegawai Belanda, Van Rheedes.

Selama beberapa bulan, wanita itu belajar adat dan kebudayaan masyarakat Indonesia dan turut menyertai syarikat tarian tempatan. Pada 1897, beliau menggunakan nama ‘Mata Hari’ sebagai langkah untuk memulakan hidup baru sekali lagi melalui surat yang dikirimkan kepada saudaranya di Holland.

Mata Hari kembali kepada suaminya, namun sikap buruk lelaki tersebut masih tidak berubah dan terus berlaku konflik dalam perkahwinan mereka termasuk kematian anak lelakinya yang jatuh sakit pada 1899.

Mereka kembali semula ke Belanda tetapi tinggal berasingan pada 1902 dan kemudiannya bercerai pada 1907. Mata Hari terpaksa berhadapan pelbagai kesukaran termasuk berebut hak penjagaan anak perempuan mereka yang akhirnya meninggal dunia semasa berumur 21 tahun akibat komplikasi penyakit siflis.

Jadi penari eksotik

Pada 1903, Mata Hari berpindah ke Paris dan menjadi penunggang kuda sarkas dengan menggunakan nama gelaran Lady MacLeod. Akibat kesempitan hidup, pada 1905, Mata Hari mula menjadi penari eksotik dengan mengikut kumpulan tarian kontemporari dikendalikan Isadora Duncan dan Ruth St Denis.

Gaya meliuk-liuk Mata Hari berjaya menarik perhatian penontonnya terutama selepas membuat persembahan di Musée Guimet (Muzium Seni Asia) pada 13 Mac 1905. Menjelang 1910,  Mata Hari mula dikritik banyak pihak kerana  mempersembahkan tarian yang mengghairahkan.

Semasa kemasyhurannya, Mata Hari turut menjalinkan hubungan dengan pegawai atasan tentera, ahli politik dan individu berpengaruh dari beberapa negara. ‘Hubungan’ istimewa itu membolehkan beliau bebas merentasi sempadan tanpa sebarang halangan. Bagaimanapun,  semasa ambang Perang Dunia Pertama, wanita tersebut mula dilabel sebagai ‘penggoda berbahaya’.

Perisik bermuka dua?

Semasa Perang Dunia Pertama tercetus, Mata Hari masih bebas merentasi sempadan kerana beliau tidak mempunyai halangan untuk merentasi Sepanyol dan Britain menuju ke Belanda. Pada 1916, kapal yang membawa Mata Hari dari Sepanyol diarah berlabuh di Pelabuhan Falmouth di England.

Beliau ditahan dan dibawa ke London untuk disoal siasat oleh Perisikan Britain (M15). Menurut pihak berkuasa , Mata Hari mengaku bahawa dia bekerja untuk Perisikan Perancis. Bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada wanita itu menipu atau tidak kerana ada pihak mendakwa Mata Hari mungkin dipaksa untuk membuka mulut.

Pada Januari 1917, perisik Perancis berjaya memintas mesej yang dihantar ke Berlin daripada agen H-21. Difahamkan, hasil siasatan awal mereka mendapati agen H-21 adalah Mata Hari.

Dibicarakan dan dihukum mati

Pada 13 Februari 1917, Mata Hari ditahan di Hotel Elysee Palace di Paris. Beliau dibicarakan selepas didakwa menjadi perisik Jerman dan menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 50,000 askar.

M15 dan Perancis tetap menuduh Mata Hari adalah perisik Jerman tanpa bukti kukuh.

Namun, pihak berkuasa Perancis berjaya membuktikan bahawa Mata Hari pernah menerima bayaran untuk menjadi agen Jerman, H-21 sebelum Perang Dunia Pertama bermula walaupun dinafikan olehnya.

Mata Hari akhirnya, didapati bersalah oleh mahkamah kerana melakukan pengintipan dan dijatuhi hukuman ditembak sampai mati pada 15 Oktober 1917 semasa beliau berumur 41 tahun.

Info:

•    Penulis yang menyokong feminisme, Pat Shipman menerusi bukunya berjudul  Femme Fatale mendakwa Mata Hari tidak pernah menjadi agen bermuka dua tetapi dijadikan sebagai kambing hitam oleh pihak berkuasa Perancis untuk menutup kegagalan mereka dalam operasi ketenteraan.

•    Dokumen milik Jerman yang didedahkan pada 1970-an pula membuktikan Mata Hari adalah agen Jerman (H-21).

•    Mata Hari turut digelar femme fatale (wanita penggoda, penyebab kemusnahan kepada mana-mana lelaki yang menjalin hubungan bersamanya).

•    Muzium Frisian di Leeuwarden, Netherlands mempamerkan ‘Bilik Mata Hari’ termasuk dua buku skrap peribadi beliau.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2qbCSjt

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.