Hi! Welcome Back and Stay Tune! KISAH SEDIH KANAK-KANAK OKU PENGHIDAP LEUKEMIA KEMUDIAN DISERANG STROKE! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KISAH SEDIH KANAK-KANAK OKU PENGHIDAP LEUKEMIA KEMUDIAN DISERANG STROKE!

Selama dua hari ini aku dan rakan-rakan dari Pertubuhan Bina Bangsa ‘berkampung’ di Wad Pediatrik KK3 HKL. Tiada yang tahu siapa dan kami dari mana. Hanya pergi ‘senyap-senyap’ untuk melihat dengan mata dan kepala sendiri kehidupan kanak-kanak penghidap kanser yang dikhaskan di wad tersebut.

Hari ini aktivis HKL KIDS, Puan Hamidah Tajuddin memperkenalkan kami dengan seorang kanak-kanak OKU adik Ahmad Harith Isa berusia 11 tahun yang berasal dari Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu.

Walaupun OKU (masalah pembelajaran), Ahmad Harith, anak bongsu dari lima adik beradik ini seperti kanak-kanak lain yang sentiasa ceria dan lincah sama ada ketika bersekolah atau bermain dengan rakan-rakan sebayanya.

Demi mencari sesuap nasi, ibunya Puan Nor Azmy Hassan, 50, dan bapanya, Isa Talib, 66, berpindah dari Terengganu ke Kuala Lumpur dua tahun lepas. Ahmad Harith kemudian meneruskan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Danau Kota, Setapak.

Episod sedih dalam kehidupan Ahmad Harith bermula apabila dia tiba-tiba mengalami demam berpanjangan selama hampir tiga minggu baru-baru ini. Setelah ujian darah dibuat, doktor mengesahkan dia mengalami Leukemia lalu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tidak lama selepas menjalani rawatan Leukemia yang dihidapinya, Ahmad Harith sekali lagi menerima ujian yang ‘sangat besar’ dalam hidupnya apabila dia tiba-tiba diserang stroke dan lumpuh sehingga ke hari ini.

” Hati ibu mana yang tak sedih bila anak mereka diserang penyakit berbahaya ini…mula-mula Leukemia, terbaru lumpuh pula. Pendapatan kami kecil. Suami saya hanya seorang pemandu…kos untuk Ahmad Harith saja sebulan mencecah lebih RM2,000, bayangkan.

” Namun kami redha dan pasrah dengan ketentuan ini cuma kesedihan itu makin memilukan bila mengenangkan dalam usia semuda ini, anak manja kesayangan kami itu terpaksa melalui penderitaan yang sangat menyakitkan, ” kata Noor Azmy dalam nada sebak.

Pada kesempatan ini aku ingin merayu pada rakan-rakan semua agar marilah kita berikan sedikit sumbangan pada keluarga Ahmad Harith. Ini bagi meringankan sedikit beban kewangan yang terpaksa dipikul ibu bapanya. Tak perlu masukkan ke dalam akaun pertubuhan waima akaun aku sekalipun , boleh transfer direct ke akaun persendirian bapanya, Isa Talib. Nombor akaun berkenaan adalah 11100-29-00023180- 9 (BSN).

Berat mata yang memandang. berat lagi bahu yang memikul.

Allahu.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pwRfCV

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.