Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lokap rahsia ditemui dalam balai polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lokap rahsia ditemui dalam balai polis

Sinar Harian

Lokap rahsia ditemui dalam balai polis Filipina
Rakaman dari rangkaian tempatan ABS CBN yang menunjukkan tahan duduk di dalam bilik sempit. - Foto ABS-CBN
MANILA - FILIPINA . Sekurang-kurangnya 11 orang ditemui terkurung dalam bilik kecil tersembunyi di sebalik rak buku di sebuah balai polis di Filipina, lapor BBC.
Tahanan ditemui semasa serbuan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (CHR) berikutan maklumat orang ramai.

Tahanan berkata, mereka berada di sana selama seminggu dan mendakwa polis di balai polis Manila mengurung mereka untuk memeras ugut wang.
Bagaimanapun, pegawai berkata, mereka ditahan sebagai sebahagian daripada perang dadah oleh Presiden Rodrigo Duterte.
Duterte melancarkan tindakan keras dan kejam yang membawa kematian lebih daripada 7,000 pengedar dadah yang disyaki dibunuh oleh polis dan sekumpulan individu tertentu.

Puluhan ribu ditahan sejak ia dilancarkan tahun lepas.
Supritendan Robert Domingo memberitahu media tempatan, tahanan yang ditemui pada Khamis ditahan dalam serbuan dan tidak mempunyai sebarang dokumen kerana masih dalam proses.

Bagaimanapun, menurut media tempatan yang bersama-sama semasa serbuan oleh CHR itu melaporkan, ramai tahanan yang dikurung dalam bilik tanpa tingkap itu berkata, mereka tidak bersalah dan diminta untuk membayar di antara P40,000 dan P200,000 (RM 3,464- RM 173,107) jika mahu dibebaskan.

ABS-CBN melaporkan, tahanan juga didakwa diseksa dan bilik berkenaan tidak mempunyai bekalan elektrik dan dipaksa menggunakan beg plastik dan bukannya tandas.

Domingo menafikan semua dakwaan itu dan memberitahu The Inquirer bahawa bilik bersaiz 1mx3m itu adalah " seperti ruang yang tidak digunakan"
"Mengapa saya tidak memaksimumkan ia," katanya.
Sementara itu, jurucakap CHR, Jackie De Guia berkata, mereka akan terus menyiasat apa yang berlaku di balai polis berkenaan,
"Tiada pusat tahanan normal yang dibuat di belakang peralatan seperti rak buku." katanya


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pr026u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.