Tidak Wajar Kenakan Cukai (GST) Kepada Rakyat - Mufti Perak
SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sewajarnya dikenakan kepada rakyat negara ini berikutan kaedah tersebut hanya membebankan.
Beliau berkata, kaedah pencukaian sebenarnya tidak wujud dalam hukum syarak dan kerajaan tidak sewajarnya mengenakan GST kepada rakyat yang terbeban dengan pelaksanaan itu bagi memberi keuntungan kepada negara.
“Walaupun ia menguntungkan kerajaan, namun ia telah membebankan rakyat dan kaedahnya adalah tidak kena,” katanya, semalam.
Harussani berkata, sekiranya kerajaan ingin melaksanakan GST, ia sewajarnya hanya dikenakan kepada peniaga tanpa melibatkan rakyat negara ini.
“Jika nak laksanakan GST, sewajarnya ia dikenakan kepada golongan peniaga dan usahawan.
“Jangan kenakan kepada pembeli kerana mereka akan semakin terbeban dengan pelaksanaan oleh kerajaan ini,” katanya. - Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pv24Vc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment