Hi! Welcome Back and Stay Tune! 19 Perkara Ini Yang Korang Perlu Tahu Bila Balik Beraya Di Kampung. Sila Ambil Perhatian.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

19 Perkara Ini Yang Korang Perlu Tahu Bila Balik Beraya Di Kampung. Sila Ambil Perhatian..


19 perkara ini yang korang perlu tahu bila balik beraya di kampung.

Bila nak raya ini, terutamanya balik ke kampung rumah mak ayah, sudah tentu adik beradik, sanak saudara penuh dalam rumah. Kalau adik beradik kau ada 10 orang tak termasuk anak buah, tak ke macam kawasan perang kena bom atom jadinya dalam rumah itu? Tapi, itulah suasana yang kita hanya dapat rasa semasa hari raya.

Cuma aku nak berpesan, bila balik ke kampung, kau kena ambil tahu dan jangan buat-buat lupa. Aku karate halkum sampai lumpuh kang? Haaa! 


1. PAMPERS ANAK

Tolong beli siap-siap berguni kalau anak kau kerap berak setiap lima minit. Kau pun tahu, kedai banyak tutup di kampung sebab nak raya. Nanti bila dah habis, mulalah pinjam pampers anak buah yang lain. Ingat mak bapak diorang buat jualan amal ke? Dah pinjam, tak digantikan dengan yang baru pula. Pampers mahal oi! 

2. SUSU ANAK

Ini lagi satu. Anak kau kecil-kecil semua selang setahun sebab aktifnya kau berjimba di subuh hari. Jadi, bawalah susu lebih siap-siap. Bila bawa ngam-ngam saja, mulalah nak pinjam susu anak buah kau. Budak itu pun mak ayah dia dah beli untuk tempoh bercuti. Bila tak cukup, mulalah tarik muka macam tosei. 


3. KEMAS DAPUR SAMA-SAMA

Bila dah berkumpul ramai-ramai, makan pun ramai-ramai tapi selepas makan pinggan letak dalam sinki. Kau ingat adik beradik kau yang lain itu orang gaji? Masing-masing makan, lepas itu tolong basuh pinggan itu. Kemas dapur sama-sama. 

Selepas makan, kau basuh tangan, kau tengok TV. Wah.. wah... Wahab Enterprise betul. 

4. BASUH/JEMUR PAKAIAN

Bila kau guna mesin basuh, kalau dah siap kau angkatlah baju itu dan sidailah. Kau ingat orang lain tak ada baju ke nak dibasuh? Kalau pakaian dah kering, angkatlah dari ampaian. Sedara kau nak sidai mana? Atas kereta jiran ke? 

5. BAWA SETERIKA SENDIRI

Masing-masing nak beraya ini, baju semua tak mau berkedut. Jadi kau bawalah seterika kau sendiri dari rumah balik kampung. Tak adalah berebut-rebut nak seterika tudung. Seterika tudung pun 30 minit masing-masing. Tok Imam dah serak suara takbir raya panggil datang masjid. 


6. BAWA TOTO & SELIMUT SENDIRI

Bila ramai-ramai balik kampung, kau jangan nak harapkan tilam yang tebal dan empuk lagi Massimo the italian baker. Jadi, bawalah toto sendiri, selimut sendiri untuk kau dan anak beranak. Biasa tak cukup bila ramai-ramai balik. Pandai-pandailah kau nak tidur nanti nak lapik pakai daun pandan ke. 

7. KENA BANGUN AWAL KALAU TIDUR DI RUANG TAMU

Bilik dah tentu tak cukup, jadi terpaksa tidur di ruang tamu, tempat makan dan celah jamban. Itu biasa berlaku bila balik raya beramai-ramai. Jadi kau kena bangun awal bila tahu kau tidur di depan. Jangan sampai mati kena pijak macam di tempat konsert. Berbuih seorang-seorang kena pijak sebab lambat bangun. Tak perasan.

8. RUMAH KAMPUNG BUKAN CYBERCAFE

Plug rumah mak ayah tak banyak, bukannya cybercafe rumah diorang tu. Jadi kau kena bawa siap-siap extension wire, charger handphone, powerbank masing-masing. Tak adalah bergaduh. Budak-budak sekarang pasal charger pun boleh membunuh korek mata. 


9. BAWA PENYANGKUT BAJU SENDIRI

Bila masing-masing baju raya 30 pasang seorang, tolong bawa penyangkut baju sendiri untuk kau gantung di besi tingkap rumah tu. Ini kau pinjam, itu tak cukup, mulalah nak bising bila baju dah seterika kedut balik sebab terlipat. 

10. BAWA PERALATAN MANDI SENDIRI

Faham-faham sajalah bila dah ramai dalam satu rumah ini dengan pelbagai peringkat umur ini. Kalau boleh, bawalah peralatan mandi seperti berus gigi, ubat gigi, syampu, sabun mandi, tuala sendiri. Tak adalah kau bising benda tak cukup dalam rumah. 

11. JANGAN MANDI LAMA SANGAT

Masa nak mandi tu, janganlah mandi lama-lama macam kau mandi junub. Ingat kau seorang saja laki bini mandi junub? Aku pun nak mandi junub juga. Jadi, mandi tu ala kadar atau kau bangun jam 4 pagi mandi siap-siap kalau kau jenis spesis mandi slow motion. 

12. BAWA SELIPAR SENDIRI

Beli kasut mahal-mahal, lepas tu rembat selipar orang di rumah buat pergi sana sini sebab takut kotorkan kasut sendiri. Balik raya, tolong bawa selipar sendiri. Kau ingat orang tu tak keluar beraya juga pakai selipar?


13. BAWA KIPAS SENDIRI

Kalau anak kau jenis tak tahan panas dan lahir di London, tolong bawa kipas sendiri. Tak adalah bergaduh, merungut, berpidato menantu mertua dalam rumah. 

14. BELI MAKANAN DAN KONGSI-KONGSIKAN

Bila kau beli makanan dan letak di dapur tu, kongsi-kongsikanlah. Kalau tak nak kongsi, kau jangan tunjuk. Letak saja bawah katil atau kau korek simpan dalam tanah. Bila letak di dapur, ramai-ramai ini semua nafsu piranha. Sekejap saja dah habis. 

15. BELI BUNGA API LEBIH


Kalau kau beli bunga api untuk anak kau saja, kau belilah lebih untuk anak saudara yang lain juga. Anak kau seorang saja main, kecil hati budak-budak yang lain. Kalau tak, main sajalah bunga api itu dalam bilik air sambil tutup pintu. 

16. BERTOLAK ANSUR BUANG SAMPAH

Sampah pasti cepat saja penuh. Jadi, masing-masing bertolak ansurlah buang sampah. Ini tak, masing-masing ego. Last-last satu rumah bau mayat. Pampers anak kau saja pun dah 40 kg. 


17. SAMA-SAMA KEMAS RUMAH

Kemas rumah, cuci lantai, sapu sampah di luar, buatlah bersama-sama. Jangan kau biarkan along kau saja, angah kau saja buat benda itu. Kau layan handphone sambil like status Hafiz Mansor yang kacak itu .Harrey. 

18. FEEL RAYA TAK SAMPAI KALAU DUDUK HOTEL

Kalau kau rasa semua tak boleh dan menyusahkan, nak selesa kau duduk sajalah di hotel dengan anak beranak. Tapi feel rayanya tak sama bila berkumpul ramai-ramai walaupun tak selesa. 


19. JANGAN BERGADUH LAKI BINI

Jangan bergaduh laki bini depan mak bapak, anak-anak, saudara mara tentang hal rumah tangga sebab terlupa itu ini. Kau masuk dalam kereta, berparanglah dalam tu. Emosi raya orang lain kena jaga.

Itu sajalah yang aku nak kongsikan yang mana aku tahu. Korang boleh share kalau ia bermanfaat untuk orang lain nak balik raya ni. 




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tAETZg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.