Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kak Ipar Aku Punyalah Baik, Cantik Pulak Tu…” Tapi Sayang Abang Aku Ceraikan Dia Sebab…. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kak Ipar Aku Punyalah Baik, Cantik Pulak Tu…” Tapi Sayang Abang Aku Ceraikan Dia Sebab….

“Kak Ipar Aku Punyalah Baik, Cantik Pulak Tu…” Tapi Sayang Abang Aku Ceraikan Dia Sebab….  | “Hello korang, confession ni sekadar nak meluahkan rasa hati aku tentang abg dan akak ipar aku. Admin kalau sudi tlg approve lah ye. Hari tu aku ada bt confession dekat sini, mengenai abg dan akak ipar aku jugak, tapi confession kali ni aku terpaksa rahsiakan nama. Yang tahu tu, tahu lah ye.
“Kak Ipar Aku Punyalah Baik, Cantik Pulak Tu…” Tapi Sayang Abang Aku Ceraikan Dia Sebab….“Kak Ipar Aku Punyalah Baik, Cantik Pulak Tu…” Tapi Sayang Abang Aku Ceraikan Dia Sebab….

Okey, di mudah kan cerita, abg aku dan akak ipar aku baru aje bercerai. Bagi aku, akak ipar aku punya lah baik, cantik plk tu, cumenye dia ni cemerkap sikit dan tak berapa pandai sikit bab agama. Tapi tu tugas abg aku lah kan utk perbaiki dia.
Hurmm, abg aku plk, jenis lelaki ego, nama je pandai agama, tapi blh plk ade simpan hati dekat perempuan lain. Yang tak boleh blah nye, beriye konon mcm cinta islamik gituwww. Bencinyeee lahai.
Tapi sebulan dua ni, abg aku dh berubah sikit, jadi elok sikit perangainye, bile abg aku nak perbaiki hubungan diorang, akak ipar aku plk mcm dah tawar hati. Tahu2 je dah cerai. Tak pasti pulak cerai mcm mana, tapi pokoknye cerailah.
Saat aku tahu yg diorang dah cerai tu, sedih wei, serius sedih, rumah jadi senyap sunyi. Akak ipar aku tu dah lah anak tunggal, yatim piatu plk tu. Kira hidup sebatang kara lah.
Sejak tu mak aku hari2 ulang alik pergi rumah arwah parents akak ipar aku, sbb akak ipar aku duduk situ lepas cerai dgn abg aku. Konon nye mak nak pujuk akak ipar aku, tpi walaupon dah cerai, tapi akak ipar masih lagi layan mak dgn baik, penuh santun, manja tetap macam dulu.
Mak cakap mak tak tahu menahu, tiba2 dah cerai. Mak kecik hati sbb benda besar mcm ni tak ada siapa yg cakap dekat mak.
Minggu depan aku akan bernikah, so agak sibuk lah persiapan semua. Tapi mak aku, mcm tak ambil tahu pon pasal kenduri aku ni, mak banyak bagi perhatiaan dekat akak ipar aku, persiapan semua pon banyaknye aku dan kakak2 aku yg uruskan. Kecik hati jugak sebab mak selalu pergi rumah arwah parents akak ipar aku.
Dua tiga hari lepas, mak bawak balik akak ipar aku, aku pon pikir bagus jugak akak ipar duduk sini sekejap, sementara aku nak kenduri ni, boleh tolong2, mak pon tak payah ulang alik dah. Senang. Tapi, abang aku tu pulak masalah. Sejak2 dia perasan akak ipar aku ade kat sini, dia pon sibuk je menempek dekat rumah. Buat2 tolong angkat brg lah, kejap2 pergi dapur lah, lepak dekat ruang tamu lah. Dalam 3 hari ni memang awal lah dia balik kerja, tgh hari pon makan dekat rumah. Malam2 tak keluar rumah pon, duduk lah tgk berita depan tv tu ha.
Aku bukan marah pon abg aku nak lepak kat rumah, tapi aku rase menyampah, sebab bila dia ada dekat rumah, mestilah akak ipar aku tak selesa kan? Kompom tak selesa. Wei, baru sgt2 cerai wei, takkan lah tak rasa apa kan?
Macam mana nak selesa wei, dia tgh makan, abg aku duduk depan akak ipar aku, padahal sblm ni abg aku duduk tempat lain time makan, tgh basuh pinggan, tiba2 abg aku sua tgn dari belakang, wei, rumah aku ni singki sampai tiga bijik, pegi lah basuh tgn dekat singki sebelah, takkan nk pulas paip pon malas?
Yang aku geramnye, habis semua barang dekat dapur ni abg aku simpan dlm kebinet. Barang2 asas semua dia masuk dlm kebinet, gula, garam, milo, kopi, minyak, semualah. Pelik betoi aku, dulu punya lah susah nk masuk dapur, tapi sejak2 akak ipar aku ni ade, rajin dye masuk dapur, kemas dapur smpai clear, satu barang pon kami tak jumpa. Lepastu sekarang ni rajin pulak ajak solat jemaah sekali. Puih laaaa. Dulu takde pulak nak baik2.
Mak cakap, abg aku tu nk ambil hati akak ipar aku, tapi tak kena gaya. Mak cakap abg aku tu dah tak “bela” perempuan lain. Tak tahu lah betol ke tak, tapi wei, jujur dari dalam hati aku, kalau aku jadi akak ipar aku, aku takkan balik dah rumah ni, takkan jejak dah kaki dlm rumah ni, takkan terima dah abg aku tu. Kalau nk jumpa mak pon, akan jumpa tempat lain.
Cakap lah wei, perempuan mana sanggup terima kalau tahu suami dia pernah “bela” perempuan lain dekat luar? Setahun abg aku abaikan hak akak ipar aku sebagai seorang isteri wei. Setahun jugak lah akak ipar aku pendam sorang2, sikit pon dia tak pernah burukkan abg aku dekat kami sekeluarga. Bagi aku, kite ajar sikit lelaki2 mcm aku ni.
Walaupon aku syg abg aku, tapi aku tak sanggup lah tgk akak ipar aku kena macam tu, deraan emosi dan mental tahu x, deraan dalaman. Abg aku tu, walaupon dia dah berubah skrg, tapi aku masih lagi tak yakin dgn dia. Selagi tak keluar pengakuan dari mulut dia, hilang wei respek aku kt dia. Lelaki tlg lah jgn ingt perempuan ni lemah sgt, kami ni kalau dah move on, hg mampuih pon kami tak heran dah.” Kredit:- IIUMC



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sI5HXo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.