Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Aku sayang dia dan dia milik aku. Aku nak pisahkan dia dengan suaminya. Aku tidak mahu dia ada anak." Sihir Pemisah Dari Bekas Tunang.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Aku sayang dia dan dia milik aku. Aku nak pisahkan dia dengan suaminya. Aku tidak mahu dia ada anak." Sihir Pemisah Dari Bekas Tunang..

SIHIR PEMISAH DARI BEKAS TUNANG
Inilah 'barang sihir' (gambar) yang ditemui tertanam di hadapan rumah pesakit pasangan suami isteri yang baru dua hari bernikah. Selepas dibuang benda khurafat ini, pasangan suami ini mengalami kejadian pelik dan mimpi yang sangat menganggu tidur. 
Akibat tidak tahan dengan gangguan tidur dan lain-lain, pasangan ini berusaha untuk merawati dan merungkai permasalahan setelah lebih setengah tahun terganggu. 

Hasil dari ruqyah kepada si isteri, tindakbalas gangguan jelas muncul. Tangisan yang kuat seakan kepanasan dan kasihnya 'gangguan' itu kepada pesakit dan meronta kegelisahan. 
Saya tanya, "Siapa kau? Apa kau nak dari jasad ini? Siapa yang arahkan kau menganggu dia?" 
Akibat kepanasan, jin itu menyerah dengan menjawab, "Aku sayang dia dan dia milik aku. Aku nak pisahkan dia dengan suaminya. Aku tidak mahu dia ada anak."

Perbincangan dengan jin ini berterusan sehingga mengetahui dari mana ia datang. Bekas tunang wanita ini berdendam akibat terputus pertunangan dahulu dan kini mahu pasangan ini berpisah. 
Setelah selesai dirawat, pesakit sedar dalam kebingungan. Suaminya juga seakan tergamam dengan pengalaman pertama situasi begini dihadapi. 
Dendam bekas tunang si isteri rupanya hingga terpalit dalam kejahilan sihir. Limau yang dicucuk jarum dan paku itu adalah 'simbolik' jasad yang disihir untuk diserang pada bahagian tertentu. 
Kepada penyihir, bertaubatlah. Ingatlah kepada Allah. Mungkin hari ini anda puas menyihir orang lain, siapa tahu mungkin suatu hari nanti ahli keluarga anda pula ditimpa musibah kejahilan ini. 

Semoga Allah beri kesembuhan dan perlindungan pada pasangan ini dan dibukakan hati penyihir agar bertaubat di jalan Allah. Allahuakbar.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tV3hUM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.