Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rambang Mata Tengok Juadah Hari Raya & Sukar Untuk Kawal Nafsu Makan, 11 Cara Ini Boleh Dipraktikkan Untuk Kawal Pemakanan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rambang Mata Tengok Juadah Hari Raya & Sukar Untuk Kawal Nafsu Makan, 11 Cara Ini Boleh Dipraktikkan Untuk Kawal Pemakanan

Dalam musim perayaan ini, kita sudah apsti akan dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah, yang mana ada di antara daripadanya sukar untuk diperolehi pada hari-hari biasa.

Kalau sebelum ini pada bulan Ramadan kita cuba mengawal pemakanan, dalam mencuba untuk mengurangkan berat badan, dan pastikan tidak membazir.

Tapi, bila sudah tiba hari raya, banyak jemputan rumah terbuka, dan keinginan untuk makan membuak-buak, sampai terlupa untuk mengawal pemakanan.

Menerusi perkongsian dari saudara Saifullah Osman, terdapat beberapa cara yang kita boleh lakukan, dalam memastikan kita tidak makan dengan melebih-lebih, lagi-lagi jika menghadiri rumah terbuka.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

11 TIPS MUDAH MENGAWAL PEMAKANAN MENJELANG AIDILFITRI 
Pemakanan sihat di musim Aidilfitri tidak jauh beza dari bulan-bulan biasa. Cuma ada strategi & pendekatan sedikit berbeza yang boleh kita sesuaikan dengan bulan syawal.

1- Ambil SARAPAN PAGI sebelum solat sunat Aidilfitri. Dapat pahala sunnah sekali. Mulakan pagi dengan menu yang sihat. #AskyourDietitian

2- Fokus berinteraksi & eratkan SILATURRAHIM sesama muslim. Bukan fokus 'bersilaturrahim' dengan makanan setelah sebulan berpuasa.

3- Target harian pengambilan AIR MANIS tak melebihi 2 gelas (2-4 sudu teh gula). Kan ada pulak yang meroyan kalau tak kasi minum air manis langsung.

1 gelas air manis= 60-100 kcal.
Kalau 10 gelas sehari?
(+ refined sugar is proven very bad for our health)

Selebihnya minum air kosong @ minuman tanpa gula seperti air teh hijau, teh cina, air kelapa asli, barli @ minuman + pemanis gantian. Hendak seribu daya!.

4- Makan 'REAL FOODS'. Elakkan makanan proses seperti hot dog, french fries, nutget etc jika dihidangkan. Makanan sebegini tinggi LEMAK TRANS (musuh no. 1 healthy diet) & berbahaya kepada kesihatan.

5- Tuan rumah perlu peka makanan yang dihidangkan kepada tetamu. Tahun ni kalau boleh jangan hidangkan air berkabonat (air gas) kepada tetamu. Tuan rumah juga boleh mengambil initiasif menyediakan air masak tambahan di dalam bekas khas.

6- Makan dalam kuantiti yang kecil. Berhenti makan SEBELUM kenyang. Bukan ketika kenyang & apatah lagi sesudah terlalu kenyang. Sampai bernafas pun susah.. Hehe.

7- Minggu pertama Syawal orang mabuk dengan rumah terbuka & makanan. Kalau rasa diri tak kuat & susah nak kawal makan, mulakan PUASA 6 seawal hari ke-2 Syawal.

8- Kebiasaannya kita mempunyai banyak PILIHAN makanan dimusim perayaan. Kuasa di tangan kita, pilih makanan yang kurang gula, garam, lemak, bahan perasa & pewarna tiruan. Kita tahu semua ni tapi tak amal.

Pilih Karbohidrat, Protein, & lemak yang BERKUALITI. Saya lebih suka makan satay, lemang berbanding melahap kuih raya.

9- Jangan lupa ambil makanan tinggi SERAT/FIBRE seperti sayur-sayuran & bijirin. Jangan sampai sembelit & berkampung di dalam tandas di musim perayaan.

10- Minum AIR MASAK secukupnya (~2-3 liter sehari). Isi dalam botol & letak dalam kenderaan. Minum air masak sebelum pergi ke rumah terbuka. Boleh juga simpan air mineral dalam beg & bawa ke mana-mana musim perayaan ni.

11- Ambil TINDAKAN. Tahu teori tak memberi apa-apa manfaat kalau tidak BERTINDAK. Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.

Preserve our health. Semoga bermanfaat.

Taqabballahu minna wa minkum
Salam Aidilfitri 1438H

- Siakap Keli



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s0TXxO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.