Prestasi Semasa Ekuiti Global Pada Awal Pembukaan Pasaran Eropah
Pasaran saham Asia didagang positif pada Isnin walaupun dengan ujian terbaru peluru berpandu Korea Utara. Minggu ini terdapat banyak data ekonomi penting yang perlu diberi perhatian dengan laporan pendapatan syarikat masih terus berjalan.
Pasaran Eropah baru saja dibuka sebentar tadi dengan indeks DAX di Jerman naik 0.16% setakat pukul 3.29 pm. Di Perancis CAC40 merekod kenaikan 0.24%, manakala FTSE100 mengaut keuntungan sehingga 0.55% setakat ini.
Indeks MSCI Asia Pasifik kecuali Jepun naik 0.25% dalam penutupan pasaran sebentar tadi. Di China indeks komposit Shanghai naik 0.64%, manakala indeks HangSeng di Hong Kong naik 1.20% ke paras tertinggi dua tahun lalu.
Walaupun data-data PMI China yang dikeluarkan pagi tadi kurang memberangsangkan, namun pasaran saham mampu merekod kenaikan pada Isnin.
Para pelabur terus terganggu dengan ujian peluru berpandu oleh Korea Utara pada Jumaat yang mana disahkan sebagai mampu menjangkau Amerika Syarikat. Amerika Syarikat memberi respon dengan menerbangkan dua bom ke arah semenanjung Korea pada Ahad.
KOSPI di Korea Selatan naik 0.07% pada Isnin walaupun pada mulanya jatuh sehingga 0.20%.
ASX200 di Australia ditutup 0.31% lebih tinggi dengan AUDUSD setakat ini kekal bergerak ‘sideway‘.
“Faktor geopolitik akan menjadi faktor penggerak utama pada awal minggu ini di mana polisi China dan US ke atas Korea Utara masih tidak mampu menyelesaikan isu ini,” kata ketua dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes.
Di Wallstreet pada Jumaat, S&P 500 dan Nasdaq jatuh selepas laporan pendapatan Amazon, Exxon Mobil dan Starbucks mengecewakan.
Namun, Dow Jones ditutup lebih tinggi apabila Chevron merekod keuntungan yang tinggi pada suku kedua.
The post Prestasi Semasa Ekuiti Global Pada Awal Pembukaan Pasaran Eropah appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vkHlak
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment