Hi! Welcome Back and Stay Tune! MUFTI PERLIS DEDAHKAN AMALAN KHURAFAT/TAHYUL OLEH JEMAAH HAJI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MUFTI PERLIS DEDAHKAN AMALAN KHURAFAT/TAHYUL OLEH JEMAAH HAJI


Mufti Perlis, Dr. Asri, menyelar segelintir umat Islam negara ini yang masih mempercayai unsur-unsur tahyul dalam soal urusan ibadah haji.

Tegas beliau, terdapat pelbagai kepercayaan khurafat mengenai ibadah itu yang masih dipercayai, dipegang dan diamalkan oleh umat Islam Malaysia hingga hari ini.

Beliau memberi contoh ada rakyat Malaysia mempercayai kononnya jemaah haji yang dalam kenderaan ke Mekah akan mati jika berpatah balik untuk mengambil barang tertinggal.

Berikut kenyataaan penuh Mohd. Asri yang membidas kepercayaan-kepercayaan tersebut:

Sesetengah kita yang ingin berangkat ke Mekah mempunyai berbagai kepercayaan yang bukan-bukan.

Ada yang menganggap bahawa jika seseorang yang hendak pergi haji itu sudah berada dalam kenderaan, dia tidak boleh berpatah balik jika ada barang yang tertinggal.

Nanti kononnya akan mati di Mekah dan tidak pulang ke rumahnya lagi. Percayaan ini adalah khurafat.

Jika ia benar, alangkah beruntung seseorang yang meninggal dalam perjalanan melaksanakan ibadah! Ada pula yang menganggap bahawa ada upacara khas berangkat ke haji.

Maka seseorang tidak boleh berangkat sehingga upacara ‘bawa turun’ ke Mekah diadakan. Padahal Nabi SAW dan para sahabat yang berangkat dari Madinah ke Mekah ketika itu tidak pernah melakukan

upacara itu semua.

Apa yang baginda ajar adalah doa dan adab-adab musafir.

Seseorang yang menunaikan haji perlu faham teras-teras akidah secara jelas. Jika tidak, dibimbangi mereka tersasar.

Bukan sedikit yang kita lihat jamaah haji sesetengah negara yang mengusap batu, bukit dan apa sahaja binaan di Mekah dan Madinah yang menimbulkan kekaguman dalam jiwanya.

Bahkan dahulu sebelum telaga Zam-Zam ditutup seperti sekarang, saya pernah melihat ada mengusap-usap binaan moden sekeliling telaga berkenaan.

Ada pula yang semasa tawaf cuba mengoyak kelambu (Kiswah) Kaabah kononnya untuk disimpan kerana ada keajaibannya.

Mereka lupa kelambu tersebut adalah tenunan zaman sekarang yang selalu ditukar ganti. Kilangnya ada di Mekah dengan pelbagai peralatan canggih. Mengoyak kelampu tersebut bererti memusnah harta awam dan mencuri.

Apakah jenis keberkatan yang mereka cari dari barangan curi dan khianat?

Perkara seperti ini jika tidak dikawal, dunia Islam akan hanyut seperti sesetengah ajaran tarekat dan syiah yang mempertuhankan segala unsur yang mereka kagumi, termasuklah mempertuhankan guru-guru atau imam-imam mereka.

Sebab itu Saiyyidina Umar memerintahkan agar ditebang pokok yang pernah Rasulullah SAW dan para sahabat melakukan baiah (ikrar setia) al-Ridwan di bawahnya.

Ini kerana orang ramai mula datang dan bersolat di tempat tersebut. (Lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, 11/490, Beirut: Dar al-Fikr).

Bimbang berlakunya fitnah dalam akidah, warisan sejarah berharga pun terpaksa dihapuskan.

Sumber :- Myneswhub

✍ Sumber Pautan : ☕ Islam Itu Indah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vX8Sf7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.