Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perak Bakal Bina Lapangan Terbang Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perak Bakal Bina Lapangan Terbang Baharu

IPOH- Perak bakal membina sebuah lapangan terbang baharu bagi merancakkan lagisektor pelancongan dan industri di seluruh negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata kerajaan negeri sudah membuat perbincangan awal, perincian serta penelitian berhubungperkara itu.

“Apabila (lapangan terbang) sudah pasti, saya akan umumkan, apa yang boleh saya sebutkan ia tidak jauhdari Ipoh dan tidak berhampiran dengan lapangan terbang yang sibuk seperti lapangan terbang Pulau Pinang.

“Kita telah mengenal pasti tempat itu cuma memerlukan beberapa penelitian termasuk melalui kerjasamapihak Kementerian Pengangkutan dan juga Jabatan Penerbangan Awam.
Kita berharap ia mendapat kelulusandaripada kerajaan persekutuan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersiaran secara langsung selama dua jam dalam segmen Selamat Pagi Menteri Besar di Radio Perak FM, pada 8 pagi tadi.

Dalam segmen tersebut, Zambry menjawab persoalan isu semasa berkaitan Perak daripada anggota panel iaitu Pengarah Penerangan Perak Razali Kidam, Ketua Biro Utusan Malaysia Sayed Hesyam Idris, Ketua BiroHarian Metro Wan Asrudi Wan Hasan dan Penolong Ketua Biro Sinar Harian Normawati Adnan.

Beliau berkata, pemilihan lokasi untuk membangunkan lapangan terbang baharu itu mengambil kira faktor kawasan pertumbuhan ekonomi selain kedudukan muka buminya yang sesuai untuk pembinaannya.

“Kawasan itu pernah dicadangkan satu ketika dahulu, namun oleh kerana ia dipilih untuk tujuan pembangunan lain, maka idea untuk lapangan terbang di kawasan itu ditinggalkan, tetapi hari ini kita cadangkan semula.

“Kawasan itu agak luas, bayangkan sekiranya ia boleh menampung landasan sepanjang 3.5 kilometer bagimembolehkan pesawat besar (mendarat), bukan hanya bagi tujuan pelancongan tetapi sektor industri sepertiindustri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO),” katanya.

Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri juga bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara untuk menaik taraf Lapangan Terbang Hulu Perak bagi membolehkan pesawat kecil mendarat di situ.

Katanya dengan penaiktarafan lapangan terbang itu ia sekali gus dapat membangunkan sektor pelancongandi Hulu Perak, khususnya dari Lenggong ke Pengkalan Hulu.

– BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tygdCA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.