Sarawak Sedia Hadapi Jerebu - Uggah
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan negeri sedang meneliti untuk meningkatkan keupayaannya mencegah kebakaran tanah gambut yang menyebabkan jerebu di Kuala Baram.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata ini kerana musim kering dijangka bermula bulan ini dan keutamaan ialah bertindak pantas apabila ada kebakaran.
"Strategi utama kami ialah mencegah kebakaran tanah gambut di Kuala Baram daripada mencapai tahap kritikal," katanya kepada pemberita selepas melawat Menara Tinjau Tudan, di sini hari ini.
Uggah berkata antara strategi tambahan yang juga dipertimbangkan ialah meletakkan petugas di Menara Tinjau Tudan bagi meningkatkan keberkesanan pengawasan kebakaran tanah gambut Kuala Baram.
?Ini sebahagian sistem amaran awal kebakaran agar asap dan api dapat dikesan secepat mungkin,? katanya menambah isu tersebut akan dibincang dengan agensi dan jabatan kerajaan berkaitan sebelum keputusan akhir dibuat.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u3QEd6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment