Dituduh larikan diri di lapangan terbang ketika terserempak dengan Neelofa, ini jawapan balas Fattah Amin
Bintang popular, Fattah Amin menyangkal beberapa dakwaan berbaur fitnah yang mengatakan dia ‘melarikan diri’ di lapangan terbang apabila terserempak dengan pengacara, Neelofa.
Jelasnya, perkara tersebut adalah satu salah faham dan pihak-pihak yang mengeluarkan dakwaan tersebut tidak tahu cerita sebenar yang berlaku.
Kata pelakon tersebut, dia sudah mengeluarkan kenyataan sebelum ini dan berharap agar tiada lagi pihak yang membuat andaian yang boleh mencetuskan kontroversi serta fitnah.
“Yang berlaku sebenarnya satu salah faham. Saya ke sana (Koh Samui, Thailand) adalah atas tuntutan kerja dan ‘brainstorming’ untuk drama baharu. Pada masa yang sama turut bercuti. Itu yang orang tak tahu.
“Memang saya merancang untuk tidak memuat naik sebarang gambar atau status dalam tempoh tersebut. Tapi ada pihak yang membuat dakwaan berbaur fitnah. Sebab itu saya bersuara,” katanya.
Fattah sebelum ini didakwa melarikan diri di lapangan terbang ketika terserempak dengan Neelofa yang ketika itu juga mahu ke destinasi sama dengan pelakon popular itu.
Dalam pada itu, Fattah juga tidak mahu membuat sebarang kenyataan lanjut berhubung kontroversi yang telah mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminat di media sosial.
“Macam saya cakap, itu semua adalah salah faham. Cukuplah saya sudah buat satu kenyataan. Kalau saya cakap lagi, nanti orang akan buat andaian dan putar belit,” katanya.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Dituduh larikan diri di lapangan terbang ketika terserempak dengan Neelofa, ini jawapan balas Fattah Amin
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tZcY8q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment