Hi! Welcome Back and Stay Tune! TMJ RAJA LUAR BIASA, KATA TKM SARAWAK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TMJ RAJA LUAR BIASA, KATA TKM SARAWAK

Kenyataan terbaru Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meluahkan rasa kecewa dan kehampaan baginda berhubung keadaan yang memalukan dalam negara mendapat sokongan daripada Sarawak.

“Tunku Mahkota Johor (TMJ) melakukan perkara betul dengan meluahkan apa yang baginda fikirkan adalah benar. Baginda mempunyai keberanian untuk membicarakan tentang perkara berhubung kepentingan negara secara berterus-terang,” kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Masing.

“Saya menghargai dan mengagumi kebijaksanaan dan keberanian TMJ untuk mengambil pendirian dan bersama di sisi rakyat.

“Tidak mudah bagi kerabat diraja untuk menjadi begitu kritikal terhadap kepimpinan negara. TMJ adalah raja yang luar biasa dalam hal ini.

“Tidak ada yang boleh menyalahkan baginda kerana menyuarakan perasaan dalamannya. Lebih-lebih lagi, apa yang diluahkannya itu adalah mengenai kebenaran,” kata Masing kepada Malaysiakini hari ini.

Dalam catatan terbarunya di halaman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail menyatakan kekesalannya dengan keadaan negara hari ini dengan melontarkan soalan “Apa yang telah berlaku kepada negara yang saya hormati? Sebuah negara yang dahulunya saya bangga untuk memanggilnya sebagai rumah saya.”

Antara lain, Tunku Mahkota Johor, 33 menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara di mana rasuah menjadi budaya, di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita.
Tunku Ismail juga mendakwa bahawa rakyat yang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas manakala orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin.

Kata baginda, Malaysia kini sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uHabhF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.