Isu Watson Nyambek: Tuhan uji saya kerana Dia rindukan saya - Ammar Titan
PENGACARA dan penyampai radio, Ammar Titan akui lebih positif menghadapi ujian Tuhan selepas tiga bulan digantung tugas gara-gara isu menghina bapa Watson Nyambek.
Ammar Titan atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan, 30, berkata meskipun sukar menghadapi dugaan yang diberikan, namun dia tetap cuba meneruskan kehidupannya seperti biasa.
"Selepas apa yang berlaku saya cuba muhasah diri untuk bertenang dan berfikiran positif.
"Lagipun saya ada rakan-rakan yang ramai memberikan sokongan moral tanpa henti.
"Saya percaya Tuhan tu bagi ujian kepada saya kerana Dia tahu saya mampu menggalasnya. Dia Maha Mengetahui.
"Mungkin juga Tuhan bagi ujian ini kepada saya kerana Dia rindukan saya, supaya saya lebih mengingatinya.
"Saya anggap ujian ini sebagai balasan atas dosa-dosa saya yang lampau sahaja," katanya kepada Astro Gempak.
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tvM2gP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment