Skype Untuk Linux Beta Kini Hadir Dengan Sokongan Panggilan Video Berkumpulan
Microsoft nampaknya membawa satu demi satu ciri-ciri daripada perisian Skype utama untuk pengguna Linux. Terkini, melalui Skype untuk Linux Beta 5.4, Microsoft menambah sokongan membuat panggilan video secara berkumpulan.
Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat eksperimental – dan mungkin tidak stabil sepenuhnya. Disebabkan oleh itu, ia ditawarkan untuk pengguna beta sahaja – dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum dilancarkan untuk pengguna perisian Skype untuk Linux.
Disamping itu, ia juga turut menawarkan kemaskini prestasi dan penambah-baikkan sekuriti melaluinya.
Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Linux, anda mungkin boleh memuat-turun dan mencuba Skype Beta ini hari ini.
Muat-TUrun Skype untuk Linux Beta
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tlyel8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment