Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Kejam! Ibu Menyentap Uri Sehingga Putus, Kemudian Buang Bayi Belakang Rumah Sehingga Di Hurung Semut.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Kejam! Ibu Menyentap Uri Sehingga Putus, Kemudian Buang Bayi Belakang Rumah Sehingga Di Hurung Semut..

WASHINGTON DC – Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membuang bayi dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.
Tertuduh berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan. Daily Mail melaporkan bahawa suspek telah membuang anak yang baru dilahirkannya di atas batas tanaman bunga.

Insiden itu terjadi berdekatan dengan pangsapuri kediamannya di Houston, Texas pada pukul 11.30 malam, Rabu lalu.
Pendakwa raya telah memberi penjelasan bahawa Sidney telah melahirkan bayinya itu di dapur serta menyentap urinya sehingga putus dan hanya membiarkan bayi kecil itu terdedah di atas batas tanaman bunga.


Alasannya mudah sahaja, bimbang jika teman lelakinya itu tidak dapat menerima kehadiran bayi tersebut. Orang awam yang juga penduduk setempat telah melaporkan tentang kejadian itu kepada pihak polis.
Menurut Albert Peterson, iaitu penduduk setempat di sana berkata, dia terdengar tangisan bayi dan terus memeriksa keadaan sekeliling dan mendapati bayi kecil itu sedang dihurung semut pada keesokan hari kejadian.

Peterson telah membersihkan bayi itu dan melaporkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Pihak polis telah mendapati ada tompokan kesan darah dekat kawasan berdekatan dan menjejak hala tuju kesan darah tersebut seterusnya menghala ke pangsapuri yang didiami oleh Sidney dan teman lelakinya, Skillern.
Menurut Sidney ketika perbicaraan kali kedua di mahkamah Daerah Harris, dia memberitahu tidak tahu ketika itu dia mengandung serta tidak mahu melihat bayinya dan panik ketika dia tiba-tiba melahirkan bayi itu.
Kata pendakwa raya lagi, Sidney dalam keterangan tersebut mengatakan bahawa dia sememangnya dapat merasa pergerakan bayi di dalam rahimnya sebelum dia sendiri terkejut ketika ianya terkeluar dan jatuh di lantai dapur pangsapuri yang didiaminya.
Dia juga telah mengaku menyentap uri bayi itu sehingga terputus dan membiarkan sahaja mangsa berada dalam keadaan terdedah tanpa dibalut dengan kain di luar rumah.
“Dia menjelaskan dengan terperinci bagaimana kejadian itu berlaku dan apabila dia tanya mengenai jantina bayi, dia menjawab ‘perempuan’.”

“Selepas melahirkan bayi, Sidney terus membawa mangsa keluar tanpa membalutnya dan juga telah menyentap urinya sehingga terputus,” katanya.
Ulas mahkamah lagi, Sidney juga telah pulang ke rumah serta membersihkan dapur rumahnya dan terus tidur. Sidney juga merupakan seorang pelajar dan hanya bekerja di kedai runcit serta masih menetap bersama ibunya.
Akibatnya, bayi itu berisiko untuk mengalami pendarahan dan boleh menyebabkan maut serta jangkitan kuman yang merbahaya.

Bayi itu kini sedang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kanak-Kanak Texas untuk menerima rawatan kerana telah dijangkiti kuman, malahan mengalami masalah denyutan jantung yang laju.
Namun, teman lelakinya, Deandre Skiller berasa terkejut kerana dia sendiri tidak mengetahui bahawa teman wanitanya itu sedang mengandung. Skiller juga ingin melakukan ujian DNA untuk memastikan bayi itu sah anaknya.
Kini, dia juga sedang bersaing dengan ibu Sidney, Tina untuk mendapatkan hak penjagaan bayi itu. Namun, menurut hakim, sehingga kini, mahkamah masih menyerahkan bayi itu dijaga di bawah jagaan badan kebajikan.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM85,770) sementara menunggu tarikh perbicaraan seterusnya.

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v3c8o4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.