Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nilai Murni Yang Patut Dicontohi Daripada ‘Abang Baju Biru’ Dalam Insiden 3 Pemuda Di Osaka.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nilai Murni Yang Patut Dicontohi Daripada ‘Abang Baju Biru’ Dalam Insiden 3 Pemuda Di Osaka..


Malam semalam panas di timeline Facebook dan Twitter tentang 3 remaja yang acah-acah Gangster di bumi Jepun. Mungkin mereka sangka mereka dapat lepas selepas buat onar di sana namun rakaman CCTV di Vitti Lodge & Family Apartment.


Jika anda lihat video ini secara penuh, anda boleh lihat pemuda berbaju hitam yang memulakan persengketaan dengan pemuda berbaju biru. Pemuda berbaju biru berkenaan sebenarnya adalah pekerja di Vitti Lodge & Family Apartment. Setelah membuat sedikit penyelidikan, pemuda berbaju biru berkenaan bernama Muhd Abdul Qaiyum.

Saya tidak mengenali Qaiyum secara personal tetapi berdasarkan info di laman Facebook beliau, Qaiyum sudah lama menetap di Jepun dan merupakan bekas pelajar di Kyoto University dan Tahfiz Mutmainnah. Tunggu kes ini reda sedikit nanti saya akan cuba hubungi Qaiyum untuk berkenalan dengan lebih lanjut dengan beliau.


Menurut penerangan saudara Dzulhaidi Abdul Rahim, saudara Qaiyum pernah membantu syarikat travel dari Malaysia sebanyak 180,000 Yen (RM7,200) kerana kasihankan guest yang telah ditipu syarikat travel berkenaan dengan pakej pelancongan yang meragukan. Sehingga kini syarikat travel itu masih tidak membayar walau sesen pun kepada Qaiyum. Dikatakan saudara Qaiyum membayar dengan wang sendiri kos baik pulih dinding di Vitti Lodge sebanyak 130,000 yen (kira-kira RM5,000). Punya baik hati saudara Qaiyum ini.

Banyak yang kita boleh belajar dari saudara Qaiyum daripada insiden ini. Sepanjang insiden, beliau sangat sabar walaupun beliau disembur dengan perkataan kesat dan ditolak ke dinding. Ini apa yang dapat kita belajar dari insiden di Vitti Lodge ini.

1. Sabar 

Kalau saya sendiri di posisi saudara Qaiyum, memang naik tangan hendak tampar lelaki itu. Saudara Qaiyum dengan sangat tenang dan sangat matang dalam menghadapi insiden ini. Mungkin beliau fikir, kalau beliau terlibat dalam pergaduhan, perkara lain pula akan berlaku dan itu akan menyusahkan beliau untuk terus cari makan di Osaka. Lagi pun mungkin beliau fikir mereka ini masih budak mentah belum kenal dunia dan beliau sabar sahaja melayan karenah ketiga-tiga pemuda ini.


2. Sopan 

Saudara Qaiyum hanya menegur tentang peraturan penggunaan dapur di Vitti Lodge. Cara Qaiyum menegur pun pada saya sangat bersopan dan tidak sepatutnya mereka melenting. Bila kita di tempat orang, perlulah ikut house rule tempat berkenaan.

3. Tutur kata

Setiap tutur kata saudara Qaiyum sangat beradap dan walaupun pemuda berbadan besar itu menengking dan menolak Qaiyum ke dinding, sikit pun perkataan kesat tidak keluar dari mulut Qaiyum. Kita sendiri kalau sudah marah pasti bermacam-macam perkataan akan keluar dari mulut. Tetapi Qaiyum tetap tenang. Berbeza dengan saudara berkasut Yeezy V2 Zebra. Bila sudah marah, segala perkataan makian keluar daripada mulut.

Agak menyedihkan apabila perkara seperti ini berlaku di luar negara terutamanya berlaku di negara maju seperti di Jepun. Betul kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Di mata pemilik Vitti Lodge sendiri, imej pelancong Malaysia sudah disamakan dengan pelancong dari negara China yang ramai tahu kurang beradap.


Tetapi nasib baik ada saudara Qaiyum. Sedikit sebanyak pihak media Jepun masih tahu ada rakyat kita yang sopan dan beradap yang tinggal di sana (insiden ini khabarnya sudah tular di media Jepun). Kalau Qaiyum pun berkeras, jadi cerita lain pula di Jepun sana. Beliau adalah hero kita di dalam insiden ini. Terbaik dan kudosQaiyum.

Semoga insiden ini menjadi pengajaran kepada kita semua sekiranya keluar melawat negara orang. Kalau ada mentaliti kelas ke-10 di dalam diri, tinggalkan di Malaysia. Bawa mentaliti kelas pertama ke luar negara. Barulah orang luar tak pandang rendah kepada negara kita. Akhir kata, budi bahasa budaya kita.

Sumber: The Vocket


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x2yZSv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.