Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adira, Azhar Tak Penuhi Piawaian – Syafinaz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adira, Azhar Tak Penuhi Piawaian – Syafinaz

Dua penyanyi iaitu Azhar dan Adira bernasib tidak baik apabila kedua-dua mereka terkeluar  daripada program AF Megastar yang diadakan di Royal Theater di sini malam Ahad.

Penyingkiran berkenaan menjadikan mereka dua peserta pertama meninggalkan pertandingan itu yang baharu sahaja memasuki minggu pertama.

Adira yang menyanyikan lagu Ikut Rentakku mendapat 29.3 peratus markah manakala Azhar dengan Dalam Gerimis hanya meraih 17.1 peratus yang menyebabkan mereka berada di kedudukkan kedua rendah.

Persembahan mereka juga mendapat ulasan kurang memuaskan daripada barisan juri yang mewakili 60 peratus markah secara keseluruhan.

40 peratus markah lagi dilakukan secara undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh penonton.

Tiga juri yang terlibat memberi komen ialah Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Datuk Norman Abdul Halim.

Dalam pada itu, Syamel yang mendapat markah paling tinggi iaitu 58.6 peratus muncul sebagai juara mingguan.

Kesemua peserta menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia.
Sementara itu, Syafinaz ketika ditemui berkata, penilaian terendah itu  berdasarkan persembahan mereka yang nyata tidak mencapai piawaian AF Megastar.

“Mereka adalah penyanyi yang baik tetapi kegagalan memberikan persembahan yang baik menyebabkan Adira dan Azhar tersingkir,” katanya.

10 peserta yang mara ke minggu seterusnya adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Ewal, Sufi Rashid, Syamel dan Amir.

AF Megastar disiarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.

The post Adira, Azhar Tak Penuhi Piawaian – Syafinaz appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xdxtPn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.