Hi! Welcome Back and Stay Tune! Teruja nak bantu sampai pembonceng jadi 'mangsa' keadaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Teruja nak bantu sampai pembonceng jadi 'mangsa' keadaan

Viral di media sosial, video seorang penunggang motosikal memarahi seorang pemandu kereta yang telah melanggarnya sebelum melarikan diri.
Berdasarkan video berdurasi 47 saat itu, pemandu lelaki berusia lingkungan 30-an itu kelihatan ketakutan apabila dimarahi mangsanya dan kerap kali mengulangi bahawa dia meminta maaf. 
Difahamkan, pemandu terbabit melarikan diri setelah melanggar mangsa menyebabkan mangsa terpaksa mengejarnya sejauh lima kilometer. 
"Apa? You lari lima kilometer, kita kejar sama you tau."
"Ey! Jangan pukul orang la," 
"You lari apsal? You tak ada minta maaf sama kita? Kalau kita mati tadi, you mau jawab apa?"
"Sabar, sabar.." 
"Sabar apa?! You lari lima kilometer, kita hambat you." 
"Okay sorry, sorry. Saya tau, saya tau." 
"Apasai you tarak berhenti? You sudah langgar kita ini macam, you lari. Apasai?" 
Bimbang diapa-apakan oleh mangsa, lelaki itu kemudian meminta bantuan dari penunggang motosikal di laluan motosikal. 
"Tolong! Tolong! Dia nak apa-apakan saya," katanya. 
Namun mangsa menjelaskan lelaki itu telah melanggarnya sebelum melarikan diri. Penunggang motosikal itu kemudian meminta mangsa bersabar, bertenang dan berbincang elok-elok. 
Entah bagaimana, tiba-tiba penunggang motosikal itu tiba-tiba meninggalkan motosikalnya dan menyebabkan rakannya terjatuh bersama motosikal tersebut. Penunggang terbabit terkejut lalu bergegas berlari mendapatkan rakannya itu.
Di media sosial, netizen melahirkan rasa simpati terhadap pembonceng berkenaan kerana tidak semena-mena menjadi mangsa keadaan yang tidak sepatutnya. 
"Mula-mula aku fokus pada pemandu itu duk melambai-lambai tangan. Sampai part terakhir, terus hilang fokus. Uncle ini memang win, aku rasa dua mamat itu terus dia diam terus tak tahu nak terus gaduh ke nak gelak. Hahaha!" 
Semoga pembonceng berkenaan tidak mengalami kecederaan yang serius.


Sumber Teruja nak bantu sampai pembonceng jadi 'mangsa' keadaan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xfzSsL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.