Hi! Welcome Back and Stay Tune! Daim Pun ‘Tak Tahu’ BNM Terlibat Forex - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Daim Pun ‘Tak Tahu’ BNM Terlibat Forex

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin hari ini turut berkata beliau tidak tahu Bank Negara Malaysia (BNM) terlibat dalam urus niaga matawang asing pada awal 90-an, dedahnya kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kerugian yang dialami bank pusat itu lebih dua dekad lalu.

Daim juga berkata beliau tidak diberikan sebarang maklumat daripada gabenor bank pusat itu mengenai urus niaga berkenaan.

“Oleh sebab itu, saya tidak pernah berbincang dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri ketika itu mengenai urus niaga mata wang asing yang dilaksanakan BNM,” katanya di Istana Kehakiman di sini, hari ini.

Daim merupakan saksi ke-23 dipanggil RCI yang bertujuan menyiasat kerugian BNM dalam perdagangan mata wang pada tahun 1990-an, iaitu semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dain memulakan tugas sebagai menteri kewangan pada 14 Julai 1984 sebelum meletakkan jawatan pada 15 Mac 1991, dan kemudian dilantik semula pada awal 1999 di mana beliau berkhidmat selama 2 tahun.

Kata Daim lagi, beliau tidak pernah mencampuri urusan BNM kerana ia tidak termasuk dalam bidang tugas beliau, serta menambah bank pusat itu bebas dari segi kawalan dan operasi.

“Pada setiap bulan, gabenor BNM akan mengemukakan secara sulit mengenai kedudukan rizab bank pusat kepada saya. Saya tidak diberitahu mengenai kerugian yang dialami BNM pada 1988 hingga 1989.

“Saya juga tidak tahu bahawa BNM terlibat dengan sangat aktif dalam urus niaga mata wang asing mulai tahun 1988 serta jumlah urus niaga adalah begitu signifikan,” katanya.

Bagaimanapun, Sidek mempertikaikan kebenaran kenyataan Daim yang dia menagku tidak mengetahui sebarang urus niaga matawang asing.

Bidas Sidek, masakan beliau tidak tahu-menahu tentang urus niaga itu walaupun sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai menteri kewangan pada ketika itu untuk mengetahui sebarang maklumat tentang BNM, lebih-lebih  lagi jika berkenaan perkara yang dilihat mampu menggugat kedudukan kewangan negara.

Dalam pada itu, Sidek turut mempersoalkan mengapa media asing dan tempatan lebih mengetahui isu kehilangan wang akibat urus niaga matawang asing tersebut.

Jawab Daim, beliau tidak mendapat sebarang arahan atau pemberitahuan mengetahui kehilangan wang dalam urus niaga matawang dan sudah menjadi kebiasaan untuk bank pusat bersikap bebas.

“Benar, saya tidak tahu mengenai urus niaga tersebut. Jika saya tahu pada awalnya, tidak mungkin saya tidak akan siasat.”

Oleh itu, Daim mengambil jalan singkat dengan menafikan beliau tahu-menahu berkenaan kerugian jutaan ringgit itu,

“Saya tidak mengetahui mengenai kerugian berjumlah RM772.3 juta pada tahun 1988 dan RM2.259 bilion pada tahun 1989 yang dialami BNM akibat urus niaga matawang asing ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w3wbDA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.