“RM1 juta, itulah harga saya bayar. Saya minta maaf andai video itu keterlaluan” – Dato Vida
Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman mempunyai alasannya sendiri dalam menjawab kritikan netizen yang kurang senang dengan adegan beliau ‘mandi duit’ yang tular di media sosial sejak Ahad.
Hasmiza atau lebih popular dengan nama Datuk Seri Vida berkata adegan tersebut merupakan sebahagian rakaman untuk klip video single terbaharunya, I Am Me.
Baca artikel sebelum: “Riak sampai lupa Tuhan” – Video Datuk Seri Vida bermandikan duit dalam tab untuk teaser video klip I Am Me dikecam hebat netizen
“Saya minta maaf andai video itu keterlaluan. Saya sebenarnya tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk. Sebenarnya ini cara saya berkarya, saya cuma mahu hasilkan video klip termahal di Malaysia,” katanya kepada mStar Online.
Pada masa sama, Vida berkata beliau mahu menghasilkan klip video yang setanding dengan penyanyi pop popular Taylor Swift dan Katy Perry yang disifatkan mempunyai kelas tersendiri.
“Lagu seperti rentak PSY tapi saya nak lawan Taylor Swift dan mahu setanding dengan level Katy Perry,” katanya.
Jutawan kosmetik itu memilih kedua-dua penyanyi tersebut sebagai idolanya dalam penghasilan klip video I Am Me kerana konsep penceritaan dan videonya yang cantik dan termahal.
“Saya suka konsep dan (klip) video mereka yang cantik, smooth… ada kelas dan termahal untuk mereka. Saya mahu tampil lain dari yang lain,” katanya.
Menurut Vida, beliau membelanjakan lebih RM1 juta untuk penghasilan video itu.
“Segala props termasuk barang kemas terutamanya cincin dan gelang yang ditempah khas untuk klip video ini menelan belanja lebih RM1 juta. Saya bukan nak riak tapi itulah harga yang perlu saya bayar untuk dapatkan klip video bertaraf antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata, klip video arahan pengarah Filem Polis Evo, Ghaz Abu Bakar itu mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan.
“Sebenarnya proses penggambaran ambil masa empat hari tapi kita pendekkan jadi dua hari. Kita shooting dari subuh Sabtu sehinggalah subuh pagi tadi (Isnin). Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,” katanya.
Vida berkata klip video itu akan dilancarkan pada 30 September ini.
“Ada banyak elemen kejutan dalam klip video ini. Insya-Allah video klip ini akan menemui peminat pada 30 September ini,” katanya.
Adegan ‘bermandikan duit’ yang dikongsi Vida menerusi Facebooknya Sayang-Sayang DSV itu pada Ahad dikecam netizen dengan ada menyifatkan usahawan kosmetik itu sebagai riak.
Sumber: Mstar
Sumber “RM1 juta, itulah harga saya bayar. Saya minta maaf andai video itu keterlaluan” – Dato Vida
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ha42bg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment