Hi! Welcome Back and Stay Tune! MARA Patani Nafi Tak Bersedia Untuk Zon Selamat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MARA Patani Nafi Tak Bersedia Untuk Zon Selamat

BANGKOK – Majlis Syura Patani (MARA Patani) menafikan dakwaan bahawa kumpulan itu belum bersedia bagi pelaksanaan Zon Keselamatan di selatan Thailand.

Sambil menyifatkan dakwaan iu sebagai tidak berasas, jurucakapnya Abu Hafez Al-Hakim berkata kedua-dua pihak – MARA Patani dan Kerajaan Thailand – perlu komited dan bersedia sepenuhnya sebelum Zon Keselamatan boleh diwujudkan.

“Pada peringkat sekarang, beberapa perkara kecil seperti isu berkaitan Zon Keselamatan itu, terutama daripada pihak Thailand, tidak ditangani dengan memuaskan. Lebih banyak perbincangan serta penjelasan perlu diadakan dan sebab itulah pelaksanaannya sedikit terlewat,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Abu Hafez berkata, MARA Patani ingin menegaskan tentang komitmen dan kesediaannya terhadap pelaksanaan Zon Keselamatan setelah semua isu terperinci berkaitan Rangka Kerja Umum mengenai zon itu ditangani dengan memuaskan.

Beliau mengulas kenyataan ketua perunding kerajaan Jen Aksara Kerdphol dalam akhbar Thailand semalam yang menuduh MARA Patani menjadi penyebab kelewatan pelaksanaan Zon Keselamatan berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap cadangan pelaksanaan zon itu, walaupun ketika ini pihak berkaitan belum bersedia mengenainya.

Kenyataan Aksara berhubung isu Zon Keselamatan itu dikeluarkan beberapa hari selepas keganasan terbaru tercetus di wilayah Yala apabila beberapa lelaki tidak dilkenali meletupkan tiga bom buatan sendiri yang menyebabkan dua anggota tentera terbunuh dan 27 cedera, kebanyakannya anggota unit pemusnah bom.

Sementara itu, Abu Hafez berkata dialog damai akan diteruskan dan kedua-dua pihak bersetuju untuk bertemu sekali lagi akhir bulan ini berikutan pertemuan mereka “yang disingkatkan” pada 12 Sept di Kuala Lumpur akibat wujudnya beberapa percanggahan pendapat dari segi teknikal.

Katanya, perkara serupa pernah berlaku dalam mesyuarat pada 27 April tahun lepas apabila pihak Thailand tidak bersedia untuk menerima bidang rujukan (ToR) dan susulan itu, agenda mengenai Zon Keselamatan tidak dibincangkan.

“Keadaan seperti itu adalah perkara biasa dalam mana-mana proses damai apabila rakan dialog mempunyai pendapat berbeza,” katanya sambil menjelaskan bahawa pendekatan yang sewajarnya ialah meneruskan dialog itu dan bukan menarik diri daripadanya.

Beliau berkata, laporan media Thailand tentang “kegagalan” rundingan damai 12 Sept sengaja diperbesar-besarkan untuk memberi gambaran buruk terhadap proses damai. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w2x4fO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.