Hi! Welcome Back and Stay Tune! Premis haram: PBT digesa perketat undang-undang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Premis haram: PBT digesa perketat undang-undang

PERAI: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas terhadap mana-mana bangunan atau premis yang beroperasi secara haram, khususnya institusi pendidikan.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan MTUC negeri, N. Balakrishnan berkata, PBT di seluruh negara juga wajib membuat pemeriksaan secara berkala terhadap semua bangunan yang ada di negeri masing-masing, terutamanya yang dijadikan asrama atau tempat penginapan.

Katanya, laporan berita sebelum ini mendedahkan kebanyakan bangunan persendiran yang digunakan untuk pendidikan agama tidak mempunyai sijil kelayakan menduduki.

Tegasnya, langkah itu perlu bagi mengelak tragedi yang meragut nyawa pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berulang.

“Kita tak boleh tunggu sehingga orang buat laporan, kita perlu buat pemantauan demi keselamatan.

“Di sekolah, perlu diberi keutamaan terutamanya laluan menyelamatkan diri. Mereka perlu diberi latihan bagaimana untuk melepaskan diri, di mana untuk berhimpun. Latihan kecemasan harus diberi,” kata Balakrishnan.

Katanya lagi, pihaknya dimaklumkan bangunan-bangunan yang dibina kebanyakannya sudah beroperasi terlalu lama dan di antaranya beroperasi secara haram berikutan masih tidak mempunyai sijil kelayakan menduduki.

Namun pihaknya hairan mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap pemilik yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan PBT.

Tambahnya, Seksyen 70 (1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 jelas menyatakan tiada seorang pun boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.

Justeru, pihaknya mahu perihal keselamatan bangunan yang menempatkan pelajar diberi keutamaan dan berharap pihak PBT mengambil langkah proaktif untuk mengatasinya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat MTUC di Taman Inderawasih di sini, pada Isnin.

Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah maut dalam kebakaran ekoran gagal menyelamatkan diri berikutan struktur bangunan yang hanya mempunyai satu pintu.

Difahamkan, dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, hampir 29 kes kebakaran membabitkan sekolah tahfiz berlaku di seluruh negara dan kebanyakannya tidak mempunyai sijil layak menduduki.



Sumber Premis haram: PBT digesa perketat undang-undang

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wAkxzE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.