Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kebakaran Tahfiz: Tujuh suspek pernah dibuang sekolah kerana isu disiplin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kebakaran Tahfiz: Tujuh suspek pernah dibuang sekolah kerana isu disiplin

KUALA LUMPUR: Tujuh suspek berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pernah dibuang sekolah kerana tidak hadir ke sekolah secara berterusan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tiga suspek pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang, dua suspek di SMK Padang Tembak dan dua lagi masing-masing di SK Dato Keramat (1) dan SK Dato Keramat (2).

"Mereka pernah bersekolah pada satu ketika sahaja. Contohnya, jika sekarang mereka berumur 16 tahun, mereka pernah ke sekolah semasa Tingkatan Satu untuk beberapa bulan sahaja.

"Semua suspek mempunyai masalah yang berpanjangan. Ada yang tidak hadir ke sekolah sejak lima tahun lalu, ada yang setahun lalu," katanya pada satu sidang media hari ini.

BACA: Tujuh remaja ditahan bantu siasatan kes kebakaran pusat tahfiz

BACA: Kebakaran pusat tahfiz: Tujuh fakta susulan penahanan suspek

Terdahulu, beliau merasmikan Karnival 'Katakan Tidak Pada Dadah' di SMK Seri Saujana di Bandar Baru Sri Petaling di sini.

Pada Ahad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu jawatankuasa baharu perlu dibentuk bagi menyelaras Sekolah-sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz dan pondok agama.

Mahdzir mengesahkan penglibatan kementeriannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas berhubung isu Pusat Tahfiz yang dijadual berlangsung esok.

BACA: Sekolah tahfiz: Kementerian Pendidikan sedia kerjasama dengan kerajaan negeri 

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Rusni Abd Jalil menekankan bahawa kesemua sekolah yang pernah dihadiri suspek bukan dalam senarai hotspot.

"Ketiga-tiga buah sekolah yang dihadiri oleh suspek itu bukan dalam senarai hotspot dan bukan dalam kawasan berisiko tinggi.

"Untuk kawasan Keramat, sekolah yang berisiko hanya sekolah SMK Taman Sri Rampai, SMK Tinggi Setapak dan yang lain di Bangsar Pudu dan Sentul," katanya yang ditemui pada majlis yang sama.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata motif tindakan membakar Pusat Tahfiz itu berpunca daripada ejek-mengejek antara tujuh suspek yang ditahan dan sekumpulan pelajar pusat tahfiz itu.



Sumber Kebakaran Tahfiz: Tujuh suspek pernah dibuang sekolah kerana isu disiplin

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xfpAsK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.